Pages

Sunday, January 29, 2012

MY 1001 ENTRY - ALUNAN KASIH/WAVE LOVE CUPCAKES



You are reading my 1001th post! I started blogging 15th September 2010 with the idea to compile and share some recipes with friends and my girls. I have not been cooking the moment I started my career, even thought married and have kids. most of the time my maid prepared the meal at home. I only cooked on the weekends. Workaholics and used to  stayed back late...cooking and housework were not in my vocabulary ...until my maid decided not to continue her contract  and my children had grown up and no longer comfortable to have stay in maid, then it leave me with no other choice but to learn to pick up cooking and be a good dearest mommies. From there on I started to search recipes from the net and slowly it builds my interest to have my own cooking blog. My eldest daughter's Ayu coach me in setting and designing this blog, from there on I became enthusiastic and deeply in love with my new venture.

I feel that both my blog and my cooking and baking prowess have grown significantly. I have a greater understanding of cooking and baking, I have gotten much better at photographing, I remembered the first six months I had totally dependent on my children to make the photo shoot, now...I snap everything I cooked myself. The Nikon DX camera that I bought for Ayu's on her 21st birthday seem to be mine now!!! ha..ha...I think I got to get her a new one soon. I have made connections and friends through the online food blogging community. I am having a great time and enjoy every moment of this blogging things.

I have made a special cake for my 1001th and my one year blogversary. It is a sinful Alunan Kasih or Love Waves Cake a cupcake version. Let us indulge to mark this important milestone.  My BIG THANKS to fellow bloggers that inspired and support me. This blog is 1 year 4 months and 13 days, today and on the same day I touch my 1001th post and have more to share with you. It's been so wonderful so far. There has been so many awards and the most important one is gaining like-minded friends from across the globe. I am very thankful that people have showered me with so much support and encouragement. I don't know how to thank you all. I do dedicate my blog to all you who come by regularly and know that my posts are made with you in mind. I hope the blog will continue to interest and entertain and maybe be of help.

Thank You All for your supports and interest shown to PATYSKITCHEN


Anda sedang membaca N3 saya yang ke 1001. Alhamdulillah hari ini genap usia blog ini 1 tahun 4 bulan dan 13 hari dan hari ini juga saya telah mencecah N3 yang 1001. Sekejap aje masa berlalu tanpa disedari. Saya tidak menyangka dapat bertahan sehingga hari ini dan dapat menghasilkan N3 1001 dalam jangka waktu yang singkat. Mana taknya setelah hampir 20 tahun gantung periuk kerana asyik menumpukan perhatian kepada kerjaya saya sahaja. Segala urusan makan minum saya serah bulat-bulat pada pembantu, saya cuma masak pada hujung minggu sahaja. Apabila pembantu saya tamat kontrak dan anak-anak semakin membesar dan kurang selesa dengan pembantu yang tinggal serumah, saya mengambil keputusan untuk masuk ke dapur dan menguruskan anak-anak sendiri. Sejak dari itu saya mula berjinak dengan blog...bukan blog sendiri...blog teman-teman...untuk mencari resipi yang sesuai. Saya mula aktif memasak pada awal tahun 2010...dan selalulah buat reference di blog...sejak dari itu anak saya Ayu mencadangkan saya merekodkan semua yang saya masak dan saya cuba dalam blog saya sendiri. katanya sebagai buku resipi keluarga supaya nanti anak-anak yang lain pun dapat membuat rujukan. 

Mulanya agak meragui tetapi kata Ayu dia akan bantu saya set dan designkan blog, dia ajar saya tentang photography dan cara-cara untuk menggunakan blog. Enam bulan pertama saya memang banyak bergantung kepada anak-anak baik dari segi layout mahupun dari segi mengambil gambar. Kini saya sudah mampu membuat sendiri tanpa bantuan anak-anak, malah kamera yang saya hadiahkan pada Ayu sempena ulang tahunya yang ke21 tahun pun nampaknya sudah menjadi milik saya..kerana sentiasa menggunakkanya. Bukan sahaja saya sudah mahir dari segi mengmbil gambar malah dalam bidang masakan pun ternyata terdapat banyak improvement..resipi-resipi yang selama ini saya takut untuk mencuba sudah pandai saya membuatnya..malah kini boleh dikata saya tidak selesa jika tidak mencuba sesuatu yang baru di dapur...ada aje yang hendak saya cuba.

Dari segi networking alhamdulillah ramai kenalan baru, yang bestnya bukan aje terbatas di Malaysia malah di luar...ramai juga teman baru yang saya perolehi, walaupun tidak pernah bersua muka tetapi selalu terasa dekat dihati. Itulah indahnya berblog ini. Oleh itu sempena ulang tahun blog saya dan sebagai memperingati pencapaian 1001 N3 saya, saya hadiahkan anda semua dengan Kek Alunan Kasih versi cupcake. Resipi ini saya ambil dari joyofbaking.com, vanila cakenya cuma cara membuatnya aje saya guna method kek alunan kasih. Untuk frostingnya saya guna marshmallow frosting dari rockrecipes. Cupcake ini khas buat anda yang selalu menyokong dan selalu mengikuti PATYSKITCHEN. Thank You All for your supports.

Next Post - Breakfast Menu

20 comments:

MunatyCooking said...

Congratulations dear, and I look for more and more recipes from you. The cupcakes looks amazing :)

Qasey Honey said...

asslm kak...
tahniah...terpegun jap...dlm masa 1 thn lebih entry dh mcecah 1001...mmg hebat...
utk cupcake ni nmpk sdp..cntik kejadiannya..perfect..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Kak..Tahniah...and many more happy cooking ya.I felt the same way as you did abt blogging.And for me this is one effective way of distress my self.

Mamasya said...

Syabas k.Paty, entry capai 1001!siap ada cup cake yg menarik. moga k.Paty terus ceria berkongsi masakan.dari kumpul resepi...dpt pula networking....kawan2 baru...itu yg bestnya ada blog sendiri.

KakAsma said...

Kak paty,
berhari2 dah tak datang rumah akak nie..cuti pun tak cuti,nak buat n3 pun tak dapat,tapi malam nie jenguk kejap rumah akak sebab nak ucap tahniah kat akak,dah 1001 dah yer menu kat sini..tu laa kan kak berblog nie satu terapikan..dah masak2 bila kita tunjukkan pada kawan2,ras seronok gitu...
Tahniah yea kak!!! nak tabik spring kat akak

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Thanks Muna...definitely...U have more to share but you time is always the factors anyway thanks for all the support given to me

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Qasey...akak memang suka recipe dari Joyofbaking boleh dikatakan a good reference bagi yang baru belajar macam akak. Thanks ya Qaseh kerana support blog akak

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Kak Rose,,you are right...cooking ni is agood therapy and more over dengan blogging dan photography banyak beri kita punya right brain berjalankan...we become more creative dri tak pandai masak dah jadi pandai, tak pandai menulispun dan improve..tak pandai kamera dah boleh cari makanjadi photographer, tak ada kawan dah rami ramai kawan...pendek kata make our life merrier and interesting

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Mamasya akak dah lama teringin nak try kek alunan kasih...tapi tak berkesempatan jadi kali ini akak try versi cupcake..sesuailah nak celebrate 1001 N3

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Kak Asma..tulah kalau ada yang suka organize patut kita buat macam kat US atau pun kawan kita diseberang buat once a month "cabaran2" seperti di Indon dia orang buat cabaran "bolkus" jadi semua pakat anta hasil masing2/ Macam ni baru best lebih cepat kita get connected. Mungkin penghulu kita CMG atau Ummi Kuantan patut initiate ni, otai2, best...tau

CT Delima said...

As'salam Kak Paty

Tahniah kak banyaknya Kak Paty masak sampai 1001 resipi. tak terkejar ct ni..hihi. CT juga bangga dapat mengenali Kak Paty, walaupun tak pernah bersua muka. Malah seperti setiap hari berbual mesra.

Banyak yang dapat ct pelajari dari blog Kak Paty, masakan yang sedap2 dan berbagai rasa..terima kasih semuanya kak atas perkongsian semua ini..muahhh!

Ayam said...

Salam Paty's ....Tahniah.Sukanya saya boleh membaca entry seharian memasak dan kita bertukar idea dalam mempelbagaikan jenis serta saya suka blog Akak . Semuga perjalanan blog ini menjadi sebahagia dari kehidupan kita. Apapun kita dapat hilangkan stress dan happy.

mala said...

congratulations! rajin betul buat alunan kasih cupcake :-)

Wani Sukarno said...

salam kak paty ,,congrats on your 1001 entry ya .. terlewat sangat dah nak wish .. hihi this blog so impressed me... coz banyak makanan yg wani tak kenal .. wani nampak kat sini ... itu satu perkongsian yang bagus tu ..happy blogging,cooking and baking ^^...

cik cek said...

Tahniah kak....memang hebat....dan cc tu memang beralun kasihnya..cantikkkk :)

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam CT akak pun suka dapat kenal dengan CT yang kaya dengan sentuhan magic dalam masakan. Paling best akak suka tangkap CT di pagi hari...ha..ha..waktu CT upload N3, alal sudah tahu timingnya

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Wani..kebanyakan resipi yang akak try adalah dari apa yang akaka sudah rasa...dulu akak banyak berjalan..so kutip2 la resipi negara yangpernah akak jejaki...bestkan mengenali dunia dengan masakan

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Noor..memang blog ini satu therapy buat akak. Akak ni ada penyakit tak boleh tidor..selalu terbangun tengah malah..lepas buat apa yang patut akak buka laptopla...jadi ralit..so inilah obsession baru akak

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam cikcek..orang lain semua dah try kek alunan kasih, akak aje belum jadi akak buat pada cupcake la..senang dibuat, sedap dimakan.

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Mala..suka2 aje...ecited jadinya selama ini tak menyangka akak boleh sampai ke tahap ini

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...