Pages

Showing posts with label Nyonya. Show all posts
Showing posts with label Nyonya. Show all posts

Tuesday, August 08, 2017

KARI AYAM KAPITAN


Out of curiosity saya masak kari ini kerana ingin mencari perbezaan antara kari ayam biasa dan gulai ayam padang masakan minang. Perbezaannya jelas pada rempah yang digunakan. Kalau kari biasa rempahnya adalah lebih keras berbanding dengan kari ini yang banyak menggunakan serai dan lengkuas.

Juga menarik diperhati aromanya juga berbeza, kari biasa menggunakan dua kari, gulai minang dengan daun salamnya manakala kari kapitan ini menggunakan daun purut, tapi yang jelas ketiga-tiganya sedap dan menyelerakan.

Resipi ini adalah adaptasi dari blog tiffinbiru - dapur tanpa sempadan

Kari Ayam Kapitan


  • 2 keping peha ayam saiz besar (atau anda boleh guna 1/2 ekor ayam)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 cawan pati santan
  • 1 biji limau nipis, perah jusnya
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Bawang goreng, untuk hiasan
  • Daun pudina, untuk hiasan

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 biji buah keras, hiris
  • 4 biji cili merah
  • 8 tangkai cili kering, kerat pendek, buang biji dan rendam dalam air panas, toskan
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai, hiris halus
  • 1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ayam dipotong kecil atau ikut suka, cuci toskan, kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum hingga rata. Perap 15 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  2. Bila sudah naik minyak, masukkan ayam dan daun limau purut, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang sedikit air (anggaran 3 cawan), biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga kuah pekat sedikit dan ayam masak. Masukkan jus limau nipis (yang ni anda agak2 lah yea, masukkan sikit dulu, kacau dan rasa kuahnya, kalau perlu baru tambah lagi). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur bawang goreng dan hias dengan daun pudina sebelum dihidangkan..
Notes



All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

Thank  You.

Tuesday, June 28, 2016

UDANG LEMAK NENAS NYONYA



Susah hendak dapat udang galah sekarang ini. Kalau ada pun kecil-kecil aje. Hari ini berbuka dengan Udang Lemak Nenas ala nyonya. Memang sesuai udang galah dimasak sebegini. Nenas menambahkan kemanisan pada kuah lemak ini, manakala daun limau purut menaikkan aroma lauk ini. 

Kebetulan menantu belikan saya pekasam ikan gelama  perghh memang tersandar dibuatnya ...ha..ha kombinasi cukup mantop alhamdulillah



Udang Lemak Nenas Nyonya
  • 1 Kilo udang galah dibersihkan
  • 1 biji nenas sarawak saiz sederhana, kupas kulit, belah dan hiris sederhana tebal
  • 2 batang serai, dititik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 keping asam gelugor
  • 2 cawan pati santan
  • 3 cawan santan cair
  • Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 3 keping hirisan lengkuas
  • 3 biji cili merah + 10 biji cili padi
  • 1/2 inci kunyit hidup


CARA MEMBUATNYA 

  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan serai dan bahan kisar halus, tumis hingga harum dan pecah minyak. Tambah nenas dan udang gaul rata, masak hingga udang bertukar warna.
  2. Tuang santan cair, kacau perlahan dan biar mendidih. Masuk asam gelugor dan juga daun limau purut. Tambah pati santan, kacau dan biar mendidik perlahan, gunakan api kecil dan kacau sekali sekala.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Masak sekejap, rasa dan jika ok, boleh matikan api. 

Notes



RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

Saturday, June 18, 2016

PERANAKAN FISH HEAD CURRY /KARI KEPALA IKAN PERANAKAN


Masakan Peranakan/Nyonya yang menjadi pilihan di rumah selain dari asam pedas ialah karinya. berbeza dengan Kari Mamak dan Kari Indian kari peranakan terletak pada bahan aromanya iaitu bunga kantan dan daun kesum. Buah keras, serai dan lengkuas juga merupa bahan utamanya Rasa kari ini adalah diantara asam pedas dan kari biasa. Paling sedap memasak ialah kepala ikan saya guna ikan merah. Terung bendi dan kacang panjang adalah sayur yang dimasakkan sekali dalam kari.

Kari peranakan ini susah didapati di restoran biasa kecuali di restoran peranakan. Sedap dimakan bersama nasi panas. Untuk resipinya klik di sini :-





Wednesday, September 09, 2015

NYONYA CHILI CRABS


Cili Crab adalah masakan restorang Cina yang popular terutama di Singapore tapi cili crab kali ini lain sedikit dan lebih sedap. Bahannya juga lebih, ..taucho, udang kering belacan adaah bahan yang menambahkan sedap masakan ini. Cukup sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi panas.

Resipi adaah adaptasi dari Chef Sher dalam program 5 Rencah 5 Rasa dengan beberapa pengubah suaian mengikut selera saya.

Nyonya Chili Crabs
Ingredients
  • 1 kg ketam bunga dibersihkan
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sdb taucho
  • 2 sdb udang kering rendam seketika
  • 2 sdb rempah kari
  • 3 sdb cili pes
  • 5 biji cili padi dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 2" halia di hiris nipis
  • 3 sdb minyak masak
  • 1/2" belacan
  • 1/4 cawan air
  • 4 tangkai daun bawang dihiris nipis
Bahan Sos

  • 1/2 sdb kicap pekat
  • 1 sdb tomato sos


Instructions
  1. Panaskan minyak tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya
  2. Masukkan daun kari dan hirisan cili padi
  3. Masukkan cili pes, rempah kari,belacan dan taucho
  4. Gau rata sehingga mesra, dan masukkan ketam dan sedikit air
  5. Balik-balikkan dan masukkan sos tomato kicap
  6. Biarkan seketika dan akhir sekali pecahkan telur
  7. Biar atas api sehingga ketam masak dan angkat,
  8. Taburkan dengan daun bawang
Notes


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you.

Sunday, July 05, 2015

OTAK-OTAK TENGGIRI KUKUS ALA NYONYA


Akhirnya tertunai juga hasrat hati. Lama sudah berhajat hendak buat otak-otak tapi selalu tersangkut kerana gagal mencari daun kadok. Saya ni kalau resipi minta sesuatu bahan tu saya akan ikut 100%, kalau tak ada, saya sanggup tunggu. Puas mencari tak jumpa, akhirnya terjumpa di rumah bidan mengurut anak bersalin...apa lagi terus cari ikan dan daun pisang.

Resipi ini saya ambil 100% dari blog Kjee, nampak sedap bangat...so inilah hasilnya, tangan agak serau sedikit, terlajak letak tepung jagung otak-otak nampak keras sedikit..apa pun pada yang berhajat boleh la singgah blog Kjee link dibawah....panduan yang cukup baik untuk diikuti.

Otak-otak ala Nonya semestinya sedap makan bersama nasi panas.


Otak-Otak Tenggiri ala Nyonya

BAHAN A
  • 200 gms isi ikan Tenggiri 
  • Garam
  • Lada hitam
BAHAN B
  • 1 labu bawang besar (yang besar sekali) *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 4 biji cili merah *
  • 1 sudu besar cili kering kisar (dlm 10 tangkai) *
  • 6 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi) *
  • 3 biji buah keras (optional) *
  • 1 batang bunga kantan (optional tapi kalau letak, sedap) *
  • 2 batang serai dihiris *
  • 1 inci lengkuas dihiris *
  • 1 sudu kecik serbuk kunyit
  • 1 inci belacan *


BAHAN C

  • 2 biji telor Gred C
  • 1 sudu kecik tepung jagung
  • 1 sudu kecik tepung beras
  • 5 helai daun limau purut dimayang halus
  • ½ cawan pati santan
  • garam secukupnya
  • 1 sudu kecik gula

 BAHAN D

  • Daun Pisang secukupnya
  • Daun Kaduk secukupnya
  • Lidi


 CARA:

  1. Bahan A iaitu Ikan Tenggiri, dihiris nipis. Kemudian diperapkan dengan garam dan sedikit lada hitam selama ½ jam. Simpan dalam peti ais.
  2. Bahan B ditumbuk halus. Kisar pun boleh tapi guna air yang sedikit sahaja. Gaul sampai rata.
  3. Pukul telor. Sedikit sahaja. Tak payah kembang. Campurkan santan pekat, garam, gula dan tepung jagung serta tepung beras. Kemudian kacau sebati dan masukkan daun limau purut yang telah dimayang halus.  
  4. Campurkan Bahan B bersama Bahan C dan gaul rata. Tepikan.
  5. Layur daun pisang yang telah dipotong dalam air panas supaya lembut.
  6. Letak daun atas permukaan leper. Lepas itu, susun 2 helai daun kaduk diatas daun pisang. Letakkan sekeping atau dua ikan tenggiri diatas daun Kaduk. Tutupkan dengan 2 sudu paste. Kelim tepi dan semat dengan lidi. 
  7. Kukus selama 20 hingga 30 minit.




all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

Saturday, April 04, 2015

SWEET POTATO GEMS


Katanya kuih ini adalah kuih Peranakan Nyonya, saya terserempak dengan kuih ini pun di blog Chinese Blogger. Nampak menarik dan saya pula mengemari keledek jadi tearpanggil membuatnya. Biasanya resipi Nyonya kuihnya agak liat-liut sedikit, mengunakan tepung ubi tapi jika tidak suka liat boleh lah digantikan taepung ubi dengan taepung gandum biasa.

Sajian sedap sesuai buat sarapan atau minum petang.

Sweet Potato Gems
·         300g ubi keledek direbus dan dilecek
·         150g gula
·         100ml air
·         150g tepung ubi
·         250ml tsantan pekat
·         secubit garam
·         100g kelapa parut putih
·         A pinch of salt


Cara Menyediakanya
 
  1. Masukkan air, gula dan daun pandan..jadikan sirap
  2. Tuang air gula tadi kedalam keledek yang dilecek
  3. Masukkan santan, dan garam gaul rata
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus lebih kurang 20 minit
  5. Masukkan garam dalam kelapa putih dan gaul rata dan letak sebelah
  6. Kuih yang masak tadi disejukkan sekurang-kurangnya 3 jam baru dipotong dan salut dengan kelapa putih

 

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

Wednesday, July 16, 2014

MEE SIAM KERING



Banyak-banyak bihun, bihun cara ini yaang paling saya suka. Saya memang suka kombinasi  rencah dan tauco dalam mee. Di kebayakkan tempat mee siam kering ini disertakan dengan sambal tumis...nyata sedap.

Walaupun aagak renyah menyediakan bahan taburan dan hiasannya,..ternyata ianya berbaloi dan menjadi kegemaran. Sesuai dijadikan juadah berbuka puasa dan  majlis kecil.


Mee  Siam Kering

  • 1 paket bihun  direndam hingga lembut
  • 2 genggam taugeh
  • 1 ikat kucai dipotong 1 " panjang
  • 200 g udang hidup dibuang kulitnya
  • 1 biji b1w1ng besar dihiris nipis
  • 3 sdb minyak masak
  • garam, gula dan perisa


Bahan untuk diblend
  • 15 tangkai cili kering rendam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1biji bawang besar
  • 2 sdb udang kering direndam dulu


Blend semua bahan sehingga menjadi pes basah

Bahan perisa
2 sdb sos tomato
2 sdb kicap manis
2 sdb tauco - dibaasuh dahulu

Bahan Hiasan
  • 2 keping tahu digoreng dihiris nipis
  • limau kasturi
  • 2 bii telur dibuat telur dadar dihiris nipis
  • 2 bii cili merah dihiris nipis
  • 2 tangkai daun bawang dihiris nipis
  • Bawang goreng


Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan  tumis bawang besar sehingga garing.
  2. Masukkan bahan blend sehingga garing.
  3. Masukkan udang dan biarkan seketika. M
  4. Masukkan taucu , sos tomato, kicap dan biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu.
  5. Masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, dan kucai gaul hingga rata.
  6. Tambahkan air jika perlu.
  7. Angkat dan hias.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

Wednesday, July 09, 2014

SEAFOOD PERANAKAN CURRY


Inspirasi dari Restoran Sakura Kristal, katanya menu ini merupakan signature restorannya, memang sedap dan menjadi tabiat saya..mana yang menjadi minat saya akan saya usahakan untuk mencuba dan mendapatkan resipinya.

Oleh kerana rasanya lebih kurang rasa Laksa Lemak Nyonya maka saya membuat olahan sendiri maka inilah hasilnya.

Seafood Peranakkan
  • 200 g udang hidup sederhana besar...kopek dan bersihkan
  • 200 g sotong dibersihkan dipotong bulat
  • 200 g lala dibersihkan
  • 1 biji terung panjang dihiris menyerong
  • 5 batang kacang panjang dipotong 2" panjang
  • 3 biji bendi dipotong du
  • 1 bunga kantan dibelah dua
  • 2 tangkai daun kesom
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair
  • 3 sdb minyak
Bahan Blend

  • 10 tangkai cili kering
  • 7 biji cili merah
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 1" lengkuas
  • 7 biji buah keras
  • 1" belacan
  • 2" kunyit hidup
  • 1 sdb serbuk ketumbar
  • 1 sdt serbuk jintan manis

Blend semua bahan sehingga halus

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga naik baunya
  2. Masukkan sotong biar seketika sehingga sotong lembut
  3. Masukkan udang dan lala..biar seketika kemudian masukkan santan cair
  4. Masukkan asam keping dan bunga kantan, garam dan gula secukup rasa
  5. Masukkan santan pekat, bendi, kacang panjang, terung dan daun kesom
  6. Akhir sekali masukkan santan pekat dan biar seketika sehingga naik minyak.
  7. Tambah air jika ingin berkuah

Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

Wednesday, July 02, 2014

PENANG BABA SANDWICH


Saya menggunakan lebihan inti karipap untuk membuat roti ini. Roti Baba Sandwich ini lebih kurang French Toast yang berinti...tetapi saya membuat kelainan sedikit dengan menyalutkan roti ini dengan serbuk roti dan goreng. Sedap makan bersama cili sos dan amat mengenyangkan. So inilah sahur kami anak-beranak semalam.




Penang Baba Sandwich
1 buku roti putih
4 biji telur dipukul
lada sulah dan garam secukup rasa
serbuk roti

Bahan Inti

4 biji kentang di potong dadu
setengh batng carrot dipotong dadu
2 biji bawang besar dipotong dadu
200 g isi ayam
3 ulas bawang putih *
1 inci halia *
2 sudu  rempah kari
1 tangkai daun kari
2 sdb minyak masak

  1. Tumbuk bahan *
  2. Panaskn minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  3. Masukkan bawang putih dan halia
  4. Biar seketika..masukkan rempah kari dan daun  kari
  5. Biar sehingga naik baunya...masukkan ayam, kentang
  6. Tambah air.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  8. Masak sehingga ubi empuk dan  sekali masukkan carrot.
  9. Sejukkan sebelum digunakan.  
Cara Menyediakannya


  1. Sediakan roti seperti membuat sandwich biasa.
  2. Celup roti dalam telur
  3. Sadurkan dengan breadcrumbs dan goreng seperti membuat french toast - minyak sedikit


Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN


You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...