Wednesday, July 16, 2014

MEE SIAM KERING



Banyak-banyak bihun, bihun cara ini yaang paling saya suka. Saya memang suka kombinasi  rencah dan tauco dalam mee. Di kebayakkan tempat mee siam kering ini disertakan dengan sambal tumis...nyata sedap.

Walaupun aagak renyah menyediakan bahan taburan dan hiasannya,..ternyata ianya berbaloi dan menjadi kegemaran. Sesuai dijadikan juadah berbuka puasa dan  majlis kecil.


Mee  Siam Kering

  • 1 paket bihun  direndam hingga lembut
  • 2 genggam taugeh
  • 1 ikat kucai dipotong 1 " panjang
  • 200 g udang hidup dibuang kulitnya
  • 1 biji b1w1ng besar dihiris nipis
  • 3 sdb minyak masak
  • garam, gula dan perisa


Bahan untuk diblend
  • 15 tangkai cili kering rendam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1biji bawang besar
  • 2 sdb udang kering direndam dulu


Blend semua bahan sehingga menjadi pes basah

Bahan perisa
2 sdb sos tomato
2 sdb kicap manis
2 sdb tauco - dibaasuh dahulu

Bahan Hiasan
  • 2 keping tahu digoreng dihiris nipis
  • limau kasturi
  • 2 bii telur dibuat telur dadar dihiris nipis
  • 2 bii cili merah dihiris nipis
  • 2 tangkai daun bawang dihiris nipis
  • Bawang goreng


Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan  tumis bawang besar sehingga garing.
  2. Masukkan bahan blend sehingga garing.
  3. Masukkan udang dan biarkan seketika. M
  4. Masukkan taucu , sos tomato, kicap dan biarkan seketika, masukkan perasa & garam jika perlu.
  5. Masukkan mee hoon yang telah direndam tadi dan gaul hingga sebati dengan perencah..agak2 sudah sebati masukkan taugeh, dan kucai gaul hingga rata.
  6. Tambahkan air jika perlu.
  7. Angkat dan hias.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...