Wednesday, July 23, 2014

TENGGIRI MASAK PINDANG


Ini merupakan masakkan kegemaran arwah ibu. Biasanya kalau ada ikan parang pindang nilah merupakan menunya. Tapi sejak akhir-akhir ni susah hendak dapat ikan parang jadi saya gunakan ikan tenggiri aje. Sedap dan tidak mudah mual kerana panas lada hitam dan masam-masam.


Tenggiri Masak Pindang



  • 3-4 potong ikan tenggiri, cuci dan toskan
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap  atau 1biji timun potong memanjang
  • 1 biji bawang besar belah 4
  • 2 batang serai, dititik
  • 1/2 cawan air asam  jawa
  • 10 biji cili padi campur merah dan hijau
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya


Bahan-bahan tumbuk lumat:
  • 7 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2"  belacan
  • 3 keping hirisan lengkuas
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 camca teh lada hitam biji


Tumbuk atau blend lumat

Cara Membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk (anggaran 3 camca besar), tumis serai dan bahan tumbuk lumat hingga harum, guna api kecil dan kacau selalu. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau rata dan biar mendidih.
  2. Masukkan kiub ikan bilis dan asam jawa. Kacau dan masukkan ikan. Biar mendidih hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan masukkan tomato atau timun dan cili padi serta bawang besar yang dibelah 4
  3. Masak sekejap, rasa dan  matikan api.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...