Pages

Showing posts with label Tofu. Show all posts
Showing posts with label Tofu. Show all posts

Wednesday, October 25, 2017

BERGEDIL TAUHU SEDAP


Ini menu orang seberang yang kerap dilihat di wall FB saya makanya aku jadi penasaran untuk mengetahui rasa dan kehebatannya. Makanya di google resipinya terus buat. Sedap tahu ini memakannya ibarat memakan begedil dalam tauhu sebabnya kentang lecek bersama daging disumbat dalam  tauhu ini dan digoreng cara begedil.

Begedil tahu ini sedap dimakan bersama sos, apa-apa sos pun sedap



Tauhu Begedil

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Tahu berinti begedil dimakan bersama sos hitam boleh dijadikan hidangan petang ataupun sebagai lauk

  • Tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar.
  • 4 – 5 biji kentang Holland (tekstur kentang Holland lebih halus dan mudah dilenyek)
  • 1/2 cawan sayur campuran atau isi ayam (boleh campur kedua-duanya sekali)
  • 2 – 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan air
  • 2 – 3 biji telur
  • Lada sulah (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)

Cara Buat Tauhu Begedil:

  1. Rebus kentang yang telah siap dikupas dan dibersihkan. Potong kecil agar memudahkan proses melenyek kemudian.
  2. Tumis bawang putih bersama bawang merah dan masukan isi ayam yang telah siap direbus dan dicarik atau boleh juga guna daging cincang jika mahu. (Jika suka sayur boleh masukan hirisan lobak). Siap dan letak ditepi.
  3. Toskan kentang rebus, lenyek dan gaul bersama lada sulah dna secubit garam.
  4. Campurkan kedua-dua campuran kentang dan sayur goreng tadi bersama hingga serasi.
  5. Gunakan pisau tajam untuk memotong sedikit bahagian tepi tauhu (boleh juga lubangkan bahagian tengah tauhu) sebelum menyumbatnya dengan inti. Pastikan inti tidak terlalu penuh kerana takut ianya terkeluar membuak sewaktu menggoreng.
  6. Pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam dan lada untuk perasa.
  7. Celup dansalutkan satu persatu tauhu begedil yang siap dibubuh inti, gorengnya dengan minyak penuh sehingga garing.

Bahan Sos Hitam Manis Pedas:


  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka atau gula merah
  • Bijan (disangai)
  • Gula biasa (kalau kurang manis)
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit belacan
  • 300ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa

Cara Buat Sos Hitam Manis (Pedas)


  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
  6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.


Bahan Sos Hitam Manis Biasa:


  • 2 sudu besar taucu
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 4-5 sudu besar gula
  • 2-3 cawan air
Cara Buat Sos Hitam Manis:

1. Campurkan semua bahan dan dikisar bersama.

2. Pastikan dikisar halus dan masakkan atas api sehingga mendidih.




RECIPE SOURCE:  FB - Zurie Othman
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Sunday, October 22, 2017

TAHU TELUR MASIN


Pertama kali mendengarnya mungkin rasa agak pelik tetapi bila dan merasanya pasti akan suka lebih-lebih lagi bila tofu ini disalut breadcrumbs dan digoreng kekuningan.. Menyediakannya memang cukup mudah dan rasanya juga unik.

Menu ini sesuai dimakan bersama nasi panas-panas.


Tofu Telur Masin

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Tahu Goreng Telur masin ini ranggup dan sedap dijadikan lauk

  • 5 ketul tauhu dipotong berbentuk kiub
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 2 biji putih telur ayam
  • biji kuning telur masin
  • Cebisan roti
  • Minyak
  • Daun bawang

Cara-cara:


  1. Salut tauhu dengan telur ayam, tepung ubi dan serbuk roti.
  2. Panaskan minyak
  3. Goreng tauhu tersebut sehingga kekuningan dan toskan minyak.
  4. Kemudian lenyekkan kuning telur masin dengan sedikit minyak sayur.
  5. Panaskan kuali semula
  6. Masukkan kuning telur masin dan daun bawang.
  7. Akhir sekali, masukkan tauhu yang telah ditos tadi dan gaulkan sehingga rata.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Thursday, October 12, 2017

TAHU GORENG SAMBAL KICAP


Tidak tahu asal usul hidangan ini tetapi saya mula belajar memakannya dari roomate saya orang Johor . Kawan saya ini memang top dengan sambal kicapnya, pendek kata sentiasa ada stok dengannya dan apa sahaja dimakan dengan sambal kicap. Antara banyak-banyak hidangan sambal kicap yang saya belajar dari kawan saya ini, hidangan inilah yang paling saya sukai ringkas dan sedap

Hidangan ini boleh dimakan begitu aje atau dijadikan lauk




Tahu Goreng Sambal Kicap

Yield: - lebih kurang 10 orang makan
Tahu Goreng Sambal kicap ini sedap dimakan begitu sahaja atau dijadikan lauk
Tahu Goreng
  • 10 keping tahu potong ikut suka dan goreng
  • 1 biji timun dihiris nipis memanjang
  • 1 genggam taugeh dicelur


Sambal Kicap
  • Cili Api/Padi segenggam (ikut suka nak pedas banyak mana)
  • Bawang Putih 1 ulas
  • Kicap
  • Sedikit Garam dan Gula


Cara-Cara nya
  1. Rebu dulu cili api/padi dan bawang putih (tak perlu hiris)
  2. Masukkan dalam blender, masukkan kicap, garam dan gula dan Blend
  3. Siap, curah atas tahu goreng



Cara Menghidangnya

  1. Susun tahu goreng atas pinggan
  2. Letakkan taugeh celur dan hirisan timun
  3. Curah sambal kicap




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Monday, September 25, 2017

TOKUA SUMBAT


Tofu sumbat ini sesuai dijadikan snak atau lauk. Biasanya kalau saya masak nasi tomato atau nasi minyak saya akan selitkan lauk ini. Kalau rajin saya akan buat sos kacang, kalau tidak saya curahkan dengan cili sos aje Sambal kicap pun sesuai untuk tokua ini. Sos kacang yang digunakan lebih kurang sama dengan sos pecal atau sos kacang gado2

Untuk sayuran atau filling dalamnya saya lebih senang menggunakan hirisan timun, carrot dan taugeh celur



Tokua Sumbat Sambal Kacang

Yield: - lebih kurang 4 orang makan
Snak mudah yang beh dijadikan lauk, sedap dimakan bersama sos kacang cili sos atau pun sambal kicap
  • 4 keping tauhu keras lumur dengan sedikit garam  
  • 3/4 cawan hirisan halus timun
  • 3/4 cawan taugeh yang telah dicelur
  • 1/2 cawan hirisan carrot


BAHAN SAMBAL KACANG 

  • 1 cawan kacang tanah tumbuk
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 15 tangkai cili kering*
  • 1/2 inci belacan*-bakar sebentar
  • 5 biji cili padi (optional)*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar petis @ otak udang
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • Sedikit air (jika perlu)
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA 

  1. Bawang besar , bawang putih cili kering dan belacan di goreng sebentar dan ketepikan. Kisar semua bahan *
  2. Dalam 1 bekas, tuang bahan kisar halus, petis, jus asam jawa, air (jika perlu), gula secukup rasa dan sedikit garam. Kacau rata bahan2 tadi dan ketepikan.
  3. Goreng tauhu tadi hingga kuning keemasan dan sejukkan. Belah dua tauhu tadi (bentuk 3 segi), kemudian buat belahan di tengah2 bahagiannya. Sumbatkan dengan carrot, taugeh dan timun, kemas kan. 

.


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Monday, March 13, 2017

TUMIS TOFU TELUR BERSAMA AYAM CINCANG



Tofu telur atau tofu Jepun adalah tofu lembut yang biasanya sedap dimasak ala Cina. Resipi ini kerap disajikan dikebayankan restoran makanan Cina. Tofu ini digoreng terlebih dahulu kemudian dicurahkan dengan ayam cincang yang ditumis bersama sos tiram. Untuk menambahkan keceriaan pada hidangan saya masukkan sedikit kacang peas, jika suka carrot atau baby corn juga sesuai dimasukkan. Sajian ini sedap dihidang bersama nasi panas atau dimakan begitu aje


Tumis Tofu Telur Bersama Ayam Cincang


    • 2 tube egg tofu. Potong dengan ketebalan sekitar 2 cm, goreng hingga kekuningan
    • 100 gr daging ayam cincang
    • 3 ulas bawang putih, memarkan
    • 1 cawan kacanga peas
    • 1 sdb makan saus tiram
    • 1 sdt gula pasir
    • 1 sdb kecap cair
    •  ¼ sdt lada
    • 100 ml air
    • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 1/4 cawan air
    • 1 sdb minyak untuk menumis


    Cara Masak 

    1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga harum.
    2. Tambahkan ayam, lalu tumis hingga ayam berubah warna.
    3. Setelah tumisan tidak berair, tambahkan ayam, sos tiram, lada, kecap asin, gula pasir dan kacang peas. Tumis hingga bahan-bahan menjadi layu.
    4. Tambahkan air,  dan tahu.
    5. Masak sebentar dan masukan bancuhan tepung jagung biar seketika sehingga air agak mengental. Angkat.
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    Saturday, July 11, 2015

    TAHU GEJROT


    Tahu Gejrot adalah salah satu pilihan makanan ringan khas dari Cirebon. Cukup unik rasanya asam, manis dan pedas. Boleh dimakan begitu aje atau dimakan bersama nasi.

    Tahu ini biasanya dihidang bersama piring tembikar dan dimakan bersama lidi. 



    Tahu Gejrot

    • 20 keping tahu 
    • 2 sdb bawang goreng

     Haluskan:
    • 4 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 7 biji cili padi
    • 1 sdt garam

    Kuah:
    • 2 sdb air asam
    • 100 gr gula merah
    • 250 ml air
    • 4 sdb kecap manis

    Cara membuat:
    1. Buat kuah: rebus gula merah dan air sampai gula larut, angkat, tapis.
    2. Masukkan bumbu yang sudah dihaluskan ke dalam larutan gula merah bersama air asam dan kecap manis, masak sampai mendidih.
    3. Potong-potong/gunting tahu dalam piring saji, siram kuahnya, tabur bawang goreng.



    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

    all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


    Sunday, July 05, 2015

    STUFF PUFFED TOFU/ TOFU SUMBAT GORENG


    Simple side dish yang menarik disediakan jika jenis yang suka meratah. 2 in 1 menu iaitu cendawan tiram goreng dan tafu sumbat goreng ranggup. Mirip pada Chinese course dua menu ini sesuai dijadikan pelengkap pada hidangan harian. Thai cili sos atau sambal kicap sesuai dijadikan sosnya.


    Tofu Sumbat Goreng


    • 10 keping puffed tofu
    • 200 g isi udang
    • 3 ulas bawang putih dicincang 
    • 1 sdb kicap cair
    • sedikit lada sulah dan garam secukup rasa
    • Minyak secukupnya untuk menggoreng

    Cara Menyediakannya


    1. Udang dibuang kulit dan dicincang
    2. Perapkan bersama bawang putih, lada sulah, garam, kicap cair dan gula
    3. Biar seketika dan masukkan ke dalam tofu
    4. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan. 


    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

    all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


    Tuesday, March 31, 2015

    STIR FRIED BOK CHOY WITH PUFF TOFU


    Kadang-kadang selera kita menginginkan sesuatu yang kering dan tidak berkuah. Ha..ha..bila keinginan sebegini datang saya lebih gemar untuk makan nasi bersama ayur goreng aje. This is one of my favourite. Bok Choy digoreng kering bersama tofu kering. Menarik resipi ini tofu digoreng dahulu, ini menjadikan tofunya garing dan sedap. Kombinai bok choy, tofu dan bawang putih memang mantap dan tepat. Saji bersama nai panas..it completes your balance diet.


    Stir Fried Bok Choy With Stuffed Tofu
    • 5-6 bok choy bersihkan potong kepalanya dan kerat dua
    • 10 keping tofu kering dibelah 4
    • 5 ulas bawang putih dicincang
    • 2 sdb minyak masak
    • 1/2 cawan air stok ayam
    • garam secukup rasa


    Cara Menyediakannya
    1. Panaskan minyak goreng tofu sehingga garing
    2. Masukkan bawang putih tumis sehingga naik baunya
    3. Masukkan air stok ayam dan garam secukup rasa
    4. Biar seketika dan masukkan bok choy
    5. Balik-balikkan dan angkat.

    Recipe Source :- PATYSKITCHEN

    @PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

    Tuesday, February 10, 2015

    OYSTER SAUCE EGG TOFU / TOFU GORENG SOS TIRAM


    Tofu memang sinonim dengan sos tiram. Resipi ini popular dikebanyakkan restoren China. Biasanya dimasak menggunakan daging kisar tapi untuk kali ini saya menggunakan sedikit isi ayam untuk memaniskan kuahnya. Kepekatan kuah bergantung kepada selera masing-masing.

    Resipi hebat ini sedap dihidang bersama nasi panas.




    Tofu Goreng Sos Tiram

    • 2 tofu telur dipotong bulat dan goreng
    • 2 tangkai sawi hijau dihiris
    • 1 biji telur
    • 100  g isi ayam
    • 2 sdb minyak masak
    • 3 ulas bawang putih dicincang
    • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 1/4 cawan air


    Untuk Sosnya
    • 2 sdb sos tiram
    • 1 cawan air stok ayam
    • 1 sdb kicap cair
    • 1/2 sdb kicap pekat
    • 1 sdt minyak bijan
    • 1 sdt lada sulah

    Campurkan semua bahan dan ketepikan

    Cara Menyediakannya
    1. Panaskan minyak dan masukkan ayam. Biar seketika dan masukkan bawang putih.
    2. Masukkan bahan sos. Renehkan. Tambah air jika perlu
    3. Masukkan sawi dan biar seketika.
    4. Masukkan campuran tepung jagung , pukul telur dan masukkan ambil dikacau pandtas. 
    5. Akhir sekali masukkan tofu yang sudah digoreng.
    6. Bila kuah agak pekat sedikit angkat
    7. Masukkan kedalam mangkok dan tabur bawang goreng

    Recipe Source :- PATYSKITCHEN

    @PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

    Tuesday, January 31, 2012

    TAUHU GORENG SAMBAL KICAP/ FRIED TOFU WITH SOY SAUCE SAMBAL


    A very simple dish that best accompany with rice. The Sambal Kicap really knowk your socks off..add more bird's eyes chilies if you want it hot and spicy. Store the sambal in the fridge for future use, you can serve the sambal with "soto" or any noodle soups.

    Fried Tofu With Soy Sauce Sambal / Tauhu Goreng Sambal Kicap


      INGREDIENTS
    Sambal Kicap
    10 biji cili padi
    1 ulas bawang putih
    1 sudu kecil garam
    1 sudu besar gula
    3-4 sudu besar kicap manis
    1 sdb air limau nipis

    Cara membuatnya
    1. Tumbuk cili padi, bawang putih, garam dan gula.
    2. Bila telah lumat masukkan dengan kicap, air limau nipis dan kacau hingga rata.
    3. Hidangkan dengan tempe goreng…

    Bahan Tauhu
    5 keping tauhu goreng dan potong empat
    100 g taugeh dicelur
    1 biji timun dihiris nipis

    Susun atas pinggan dan hidang bersama sambal kicap
    Resipi yang mudah, ringkas dan sedap. Ini adalah menu penambat selera. Sedap makan dengan Nasi panas. Sambal yang lebih jangan dibuang..boleh disimpan dalam fridge danguna untuk makan dengan soto atau mee soups.

    Next Post :- Fried Tempe / Tempe Goreng

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...