Friday, June 12, 2015

URAP KANGKONG


Urap sayur ini memang popular di tanah seberang. Saya berlajar membuat urap ini pun dari pembantu rumah..perghh..kalau dia yang membuatnya memang cukup selera kita makan..malah kalau ada tetmu bermalam di rumah pastinya urap ini yang diminta. Boleh guna apa jenis sayur sekali pun dan banyak cili yang hendak digunakan ergantung kepada selera kita..jika suka pedas tambah cili. Untuk memastikan ura boleh bertahan lama biasanya kelapa itu dikukus dahulu.


Urap Kangkong
Bahan-bahan :
  • 1 ikat kangkong dibersih dan dipotong2,
  • 2 cawan taugeh dicelur
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2 sdb minyak
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan diblend :
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm kencur
  • 1 daun limau purut, buang tulang daunnya, siat2
  • 5 biji cili merah 
  • 5 biji cili padi
  • 1 cm kunyit hidup
Blend atau tumbuk halus


Cara Membuat :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga naik baunya
  2. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  3. Masukkan kelapa parut dan gaul rata.
  4. Biar seketika, angkat dan masukkan ke dalam sayuran yang dicelur tadi
  5. Gaul rata dan siap untuk dihidang 


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

1 comment:

Kak Nita said...

As salam kak paty,
Nampak menyelerakan.. Insyaallah akan Cuba buat nnt .
Tq ya..

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...