Saturday, June 20, 2015

BANANA CREAM CAKE


Siapa kata kek pisang tak beh dihias cantik.....ha.ha...itu tidak betul...kek pisang sedap dengan krim, jadi fresh krim jugalah yang boleh menjadikan kek pisang cantik seperti kek continenta yang lain Kek ini saya guna banyak fresh krim untuk lapisan dan hiasannya Wanut kekacang yang paling best dengan kek pisang saya jadikan hiasannya Strawberry digunakan sebagai penaik seri kek ini.




Banana Cream Cake


  • 4 biji telur gred A
  • 8 biji pisang emas
  • 1 cawan gula kastor atau gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
  • sedikit garam
 Cara Menyediakan Kek
  1. Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C
  2. Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
  3. Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
  4. Pisang di lecek lumat. 
  5. Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan
  6. Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang
  7. Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata
  8. Bakar selama 45 minit
  9. Sejukkan kek potong dua dan lapis dengan chocolate krim

Untuk Krim Chocolate
  • 2 cawan Whipped Cream
  • 1 cawan gula ising


Pukul kedua bahan sehingga menjadi soft peak dan lapis pada kek
dan hias kek


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...