Pages

Tuesday, June 23, 2015

AYAM MASAK BUMBU KUNING / INDONESIA YELLOW CURRY


Sekali lagi mencuba masakkan dari seberang sempena Ramadan ni. Ayam masak bumbu kuning ini persis masak lomak cili padi tetapi dimasukkan sedikit serbuk ketumbar dan buah keras. Aromanya pula ialah daun salam. Lauk ini ditumis dahulu dan bahan-bahan lain lebih kurang sama dengan masak lomak kita. Sedap sebagai lauk harian.




Ayam Masak Bumbu Kuning

  • 1 ekor ayam potong 10
  • 3 biji kent1ng potong 4
  • 3 helalai daun salam
  • 1 keping asam keping
  •  2 sdb minyak masak
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 2 baatang serai dititik
  • 1' lengkuas dititik
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan Blend/Tumbuk
  • 15 biji cili padi
  • 1 sdb serbuk ketumbar
  • 5 biji buah keras
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
Blend semua bahan sehingga menjadi pes halus

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan blend
  2. Masukkan serai titik, lengkuas dan daun salam, biar sampai pecah minyak baru masukkan ayam dan ubi kentang.
  3. Masukkan santan cair dan tutup periuk dan biar sehingga ayam agak empuk
  4. Masukkan asam keping dan santan pekat
  5. Kecilkan api dan biarkan sehingga ayam dan ubi betul-betul masak.
  6. Padamkan api.
RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...