Pages

Wednesday, September 30, 2015

MENU IDIL ADHA


I don't have any recipe for this posting just the pictures of Malaysian's Idil Adha festive favourites, Lemang, Ketupat Rendang and Satay. Malaysian regardless different always looking forward for these irresistible food.



BUNCIS GORENG TOCHO


Sayur goreng simple dan cukup menyelerakan. Tocho dan tempeh goreng menambahkan kelazatan pada sayur goreng ini. Pastinya sedap dengan nasi panas

Buncis Goreng Tocho
Ingredients
  • 1 paket sayur kacang buncis dipotong serong
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 tempeh dipotong dadu dan goreng garam kunyit
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2 sdb tocho
  • 1 biji tomato dihiris
  • Sedikit minyak
  • Garam dan perasa secukupnya
  
Instructions
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih, bawang merah 
  2. Tumis sehingga kekuningan.
  3. Kemudian masukkan kacang buncis dan cili merah dan goreng seketika sehingga sayur kacang buncis
  4. Seterusnya masukkan tocho dan tempeh goreng kacau rata sehingga masak.
  5. Masukkan garam secukupnya dan hirisan tomato

    Notes

    RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

    BIHUN SUP KUAH TOMATO


    Janji kekawan hendak masukkan resipi ini semalam tapi mood malas tiba-tiba menyerang. Bihun sup tomato ini seem to be my signature food. Pada yang sudah merasanya pasti akan meminta saya menyediakannya lagi jika berkunjung ke rumah. Ala-ala Italian tetapi di Melayukan. Selalu saya guna Heinz tomato, tetapi kekadang sukar juga hendak mendapatkannya so kali ini saya try KIMBALL tin boleh tahan sedap juga

    Untuk Bihun sup ini saya racit ayam kecil-kecil, sedap begini selain manis cara begini enak bila tulang-tulang ayam ini dapat dimamah haha. Untuk taburan atas boleh aje guna sayuran pilihan. Bihun ini sedap dimakan bersama sambal kicap. Tomato sup ini sesuai juga dimakan bersama spaghetti atau makaroni



    Bihun Sup Kuah Tomato
    Ingredients
    • 1 ekor ayam diracik kecil
    • 1 paket bihun direndam bersama 1/2 sdt serbuk kunyit
    • 1 tin tomato Kimball/Heinz
    • 5 biji ubi kentang - rebus 3 biji dilecek 2 biji buat tabur atasa
    • Garam, gula, serbuk perasa (sy guna maggi stock )

    Bahan Blend
    • 25 tangkai cili kering
    • 5 ulas bawang putih
    • 9 ulas bawang merah
    • 2"halia

    Blend semua bahan sehingga menjadi pes basah

    Bahan Tumis
    • 1 batang Kulit Kayu Manis
    • 5 biji buah pelaga
    • 3 kuntum bunga lawang
    • 3 helai bay leave

     Bahan hiasan:
    • sawi - celur
    • cili merah - hiris
    • bawang goreng
    • daun bawang - hiris
    • bawang goreng
    • Taugeh celur
    • Lobak kering dihiris halus
    • samba kicap


    Instructions

    1. Tumis bahan bend dalam minyak yang panas hingga wangi dan goreng hingga garing.
    2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun bay
    3. Masukkan ayam biar seketika kemudian masukkan air ebih kurang 3 litre (3 botol besar Mineral)biar hingga mendidih dan sesuaikan kepekatannya. Masukkan tomato, gula, garam dan serbuk perasa.
    4. Masukkan kentang lecek biar atas api sehingga agak pekat sedikit
    5. Angkat dan boleh dihidang bersama bihun

      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You.

      Tuesday, September 29, 2015

      CHERRY MINI CHEESECAKE


      Cara mudah dan cepat menyediakan non-bake cheese cake. Saya menggunakan tart shell dan hiaskan bersama cherry pie filling.

      Cherry Mini Cheesecake
      Ingredients
      • 24 mini tart shells
      • 8 ounces cream cheese, suhu bilik
      • 3/4 cawan gula ising
      • 1 sdt vanilla extract
      • 1 cawan cherry pie filling

      Instructions

      1. Pukul cream cheese dengan gula ising sehingga sebati.
      2. Masukkan esen vanila
      3. Gaul rata. Masukkan dalam pipping beg
      4. Pipekan dalam tart shell
      5. Letak cherry pie filling dan sejukkan sekurang-kurangnya 2 jam


        Notes

        RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        BROWNIE KEDUTS DAN TIPS MEMBUAT BROWNIES



        Sebut aje kedut pasti kita takut...ha..ha..tapi tidak pada kedut ini, kedut sihitam manis ini menjadi kegilaan malah saya sendiri telah mencubanya buat kali kedua dengan menggunakan resipi yang sama. Bagi yang meminati chocolate, brownies ini pasti disukai, ia bukan sahaja sedap malah mudah menyediakan.

        Ingin menghasilkan brownies yang perfect saya sertakan di sini tips menyediakannya. Harus mempelajarinya jika kita inginkan struktur brownies kita, fudgy, cakey atau chewy. 



        Brownie Keduts
        Ingredients
        • 400 gm coklat kompound - potong kasar
        • 150 gm mentega
        • 100 gm gula perang
        • 100 gm gula kastor
        • 4 biji telur
        • 1 sdk perasa vanila
        • 100 gm tepung naik sendiri*
        • 30 gm serbuk koko* - *satukan dan ayak
        Instructions
        Cara-caranya..
        1. Dalam mangkuk stainless steel, satukan coklat kompound dan mentega. Cairkan adunan dengan kaedah 'double boiler'. Tutup api dan angkat.
        2. Dalam mangkuk lain, satukan pula gula perang, gula kastor, telur dan perasa vanila, gaul sebati.
        3. Tuang dalam mangkuk adunan coklat dan gaul sehingga kesemua adunan rata dan sebati.
        4. Masuk sedikit demi sedikit adunan tepung dan gaul rata.
        5. Sediakan loyang bersaiz 10 x 10 inci, lapik kertas minyak dengan melebihkan sehingga paras ketinggian loyang. Ini supaya senang untuk ditarik keluar dari loyang dan oles sedikit mentega.
        6. Tuang dalam loyang dan ratakan.
        7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 160C selama 30 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
        8. Tutup suis oven, biarkan brownies dalam oven dengan pintu terbuka selama lebih kurang 15 minit.
        9. Keluarkan dan potong mengikut pilihan anda.
          Notes
          - Jika mahu buat separuh adunan gunakan loyang bersaiz 8 x 8 inci.
          - Boleh juga guna tepung gandum cuma tambahkan 1/2 sdk serbuk penaik.
          - Gunakan mentega dan coklat kompound yang bermutu tinggi untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
          - Boleh juga ditambah kekacang 100 gm jika suka.





          All images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you.

          Monday, September 28, 2015

          MOIST BANANA CARAMEL CAKE / KEK PISANG MOIST


          I can say that this is keeper, sedap kek pisang ni, cukup moist, lembut dan gebu. Untuk double dose kenikmatannya saya drizzlekan sedikit caramel...perghhh perfect untuk minum petang.

          Resipi adaptasi dari blog masam manis.

          Caramel Moist Banana Cake
          Ingredients
          • 350 gm pisang yang masak ranum
          • 200 gm gula halus
          • 3 biji telur A
          • 1/2 sudu teh ovellete ~ optional
          • 250 gm tepung
          • 1 sudu teh baking powder
          • 100 ml susu segar atau susu cair
          • 125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
          • 1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
          • pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
          • badam cincang ~ jika suka

          Instructions
          1. Jika menggunakan mentega atau butter, cairkan butter terlebih dahulu biarkan sejuk.
          2. Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak
          3. Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
          4. Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
          5. Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
          6. Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu dan  bertukar warna pucat keputihan.
          7. Kemudian barulah masukkan susu segar atau susu cair 
          8. Terus putar
          9. Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
          10. Jangan lama sangat, angar tepung sebati.
          11. Tuangkan minyak jagung atau butter cair dan kaup balik adunan hingga rata
          12. Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
          13. Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
          14. Panaskan oven 170 C api bawah dan 150 C api atas. 
          15. Tuangkan adunan ke dalam loyang
          16. Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang nipis-nipis. 
          17. Taburkan badam cincang di atasnya jika suka 
          18. Bakar dalam oven dengan suhu yang ita cadangkan tadi selama 50 minit ~ 60 minit
          19. Bila kek dah masak, sejukkan dalam 10 minit dan terbalikan atas redai

            Notes

            All images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you.

            Monday, September 21, 2015

            ASAM PEDAS BATANG KELADI


            Tekak dah lama mengidam ni sejak Ramadan lagi, hajat hati hendak buat nasi ulam dan asam rebus batang keladi ni..tetapi tak berupaya bahan-bahan nasi ulam dan sayur keladi tidak dapat dikesan. 

            Kata orang kalau dah namanya rezeki maka baru ini terjumpa sayur keladi ini di pasar Chow Kit, terus beli tapi tidak dibuat asam rebus seperti lazim saya buat sebaliknya saya buat asam pedas...perghh sedap ni....ha...ha..kata orang makan sampai tak ingat donia.

            Menu simple sebegini sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan goreng., saya beli sekilo ikan sardin goreng dan meratah sekali. Memang kena dengan selera.

            Asam Pedas Batang Keladi
            Ingredients
            • 2 ikat batang keladi dan buahnya
            • 1/2 cwn air asam jawa
            • 3 tangkai daun kesum
            • garam dan sedikit gula
            • minyak utk menumis
            • Air secukupnya

            Bahan kisar

            • 25 tangkai cili kering rendam dahulu
            • 3 ulas bawang putih
            • 1 biji bawang besar
            • 2 " belacan
            • 1 " inci kunyit hidup
            Blend sehingga menjadi pes basah

            Instructions

            1. Batang keladi dan buahnya di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Rebus hingga empuk. Toskan airnya bila nak masak nanti.
            2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
            3. Masukkan air asam jawa dan masukkan pula batang keladi dan buahnya yg di rebus tadi.
            4. Masukkan air secukupnya, bergantung nak masak pekat atau cair. Biarkan hingga mendidih.
            5. Masukkan daun kesum, garam dan gula.
            6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan. 
              Notes

              RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
              All images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you.

              You Might Also Like These

              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...