Thursday, September 17, 2015

SAMBAL TUMIS SARDINE




Sardine paling sedap dibuat lauk ialah masak asam dan sambal tumis, cukup  menyelerakan ditambah dengan telur dadar dan nasi dimasak agak lembik sedikit...perghhh sedar-sedar pinggan clear.ha.ha Saya dan anak-anak memang suka menu ini. Biasanya saya akan masak lebih kerana disebelah petangnya pula, saya akan buat peknga atau lempeng kelapa..memang.merupakan gandingan yang cukup hebat.


Cara menyediakan sama eperti samba tumis yang lain cuma untuk ambal tumis sardin ini sosnya dimaukkan sekali so tak perlulah kita masukkan gula lagi. Kepekatan kuah bergantung kepada citarasa masing-masing.




Sambal Tumis Sardine
Ingredients
  • 1 tin sardine (tin besar)
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji tomat dipotong bulat
  • 2 biji cili hijau dibelah 4
  • 1 keping asam keping
  • 1/2 cawan minyak
  • garam secukup rasa
Bahan Blend
  • 25 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 2" belacan
Blend sehingga menjadi pes basah

Instructions
Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga gareng dang pecah minyak.
Masukkan sardine beserta sosnya sekali
Masukkan asam keping sedikit air dan garam
Biara seketika dan akhir sekali masukkan bawang besar, tomat dan hirisan cili hijau

Notes

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you.

1 comment:

adda syuhada said...

best la kalau jadi jiran sebelah uma ni :)

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...