Pages

Wednesday, September 09, 2015

NYONYA CHILI CRABS


Cili Crab adalah masakan restorang Cina yang popular terutama di Singapore tapi cili crab kali ini lain sedikit dan lebih sedap. Bahannya juga lebih, ..taucho, udang kering belacan adaah bahan yang menambahkan sedap masakan ini. Cukup sedap dan sesuai dihidangkan bersama nasi panas.

Resipi adaah adaptasi dari Chef Sher dalam program 5 Rencah 5 Rasa dengan beberapa pengubah suaian mengikut selera saya.

Nyonya Chili Crabs
Ingredients
  • 1 kg ketam bunga dibersihkan
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji telur ayam
  • 2 sdb taucho
  • 2 sdb udang kering rendam seketika
  • 2 sdb rempah kari
  • 3 sdb cili pes
  • 5 biji cili padi dihiris nipis
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 2" halia di hiris nipis
  • 3 sdb minyak masak
  • 1/2" belacan
  • 1/4 cawan air
  • 4 tangkai daun bawang dihiris nipis
Bahan Sos

  • 1/2 sdb kicap pekat
  • 1 sdb tomato sos


Instructions
  1. Panaskan minyak tumis bawang putih dan halia sehingga naik baunya
  2. Masukkan daun kari dan hirisan cili padi
  3. Masukkan cili pes, rempah kari,belacan dan taucho
  4. Gau rata sehingga mesra, dan masukkan ketam dan sedikit air
  5. Balik-balikkan dan masukkan sos tomato kicap
  6. Biarkan seketika dan akhir sekali pecahkan telur
  7. Biar atas api sehingga ketam masak dan angkat,
  8. Taburkan dengan daun bawang
Notes


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN 
All images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you.

1 comment:

yanie yusuf said...

Sangat sedap tengok.. lama tak makan ketam..


yanieyusuf

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...