Wednesday, September 02, 2015

AYAM KICAP NASI AYAM


Bila memasak nasi ayam, kita mempunyai 3 pilihan untuk menyediakan ayamnya, satu dengan merebus atau steam, kedua dengan memanggang ayam dan ketiga dengan cara menggoreng. Untuk menggoreng pula kita mempunyai 2 pilihan sama ada hendak menggoreng secara garing atau hendak menggoreng biasa tapi nampak macam dipanggang...ha...ha..resipi ini adalah resipi goreng biasa tetapi sekali pandang nyata nampak macam dipanggang....ha..ha kita main silap mata sedikit.

Seperti side dish nasi ayam ain basicnya ialah ayam dan air rebusannya Air rebusan inilah digunakan untuk supnya, untuk ayamnya untuk sayurnya dan juga untuk sos kicap...so penting kita memahami cara merebus ayam ini. Nampak mudah tetapi jika inginkan ayam yang cantik dan juicy makanya kena faham caranya.
..
Jika ayam untuk rebus dan stim, makanya ayam hendaklah direbus lama sedikit lebh kurang 1 jam, kemudian diangkat dan direndam dalam ais...ha..ha..ayam dimandi ais...ini bagi memastikan isi ayam tidak kejang atau untuk mematikan proses merebus. Untuk memanggang atau menggorengr biasanya saya akan rebus sekitar 30 - 45 min dan juga saya tidak mandikannya dengan ais sebab ayam akan digoreng atau dipanggang so kita tak hendak ayam terlalu empuk.

Lepas  direbus ayam dikeringkan..paling cantik guna dawai cakok untuk menggantung ayam..kaedah ini sesuai untuk memanggang atau untuk goreng ranggup..tetapi untuk goreng kicap ini saya cuma toskan ayam kemudian dilumur dengan bahan kicap dan goreng....jom tenguk cara membuatnya.


Ayam Kicap Nasi Ayam

Untuk Air Rebusan Ayam

  • 1 ekor ayam bleh dibiar seekor atau dibelah 2 atau 4
  • 3" halia dihiris bulat
  • 5 ulas bawang putih diketuk
  • 3-4 tangkai bahagian putih daun bawang
  • air secukupnya
  • garam dan lada sulah
Caranya
  1. Masukkan air dalam periuk agak2 bleh menegelamkan ayam
  2. Didihkan air masukkan semua bahan lain kecuali ayam
  3. Perlahan-lahan masukkan ayam, masukkan melalui kepala dulu
  4. Rebus selama 30 min atau sehingga sejam
  5. Angkat dan tos ayam
Untuk Perap Ayam

1/2 sdb kicap pekat
2 sdb kicap cair
2 sdb madu

Gaul rata dan lumur atas ayam. Perap seketika lebih kurang setengah jam dan goreng sehingga masak dan cantik warnanya

Untuk Sosnya
  • 1/2 cawan sos tiram
  • 1 sdb kicap pekat
  • 3 sdb kicap cair
  • sedikit lada sulah
  • 1/2 sdb minyak bijan
  • 2 cawan air rebusan aya,
  • 1 sdb tepung jagung dibancuh bersama 3 sdb air rebusan ayam
Caranya
  1. Satukan semua bahan kedalam periuk kecuali air tepung jagung
  2. Masak atas api..lebih kurang 5 minit
  3. Masukkan air tepung jagung
  4. Biar pekat sedikit, angkat dan curah atas ayam goreng yang siap dipotong



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

1 comment:

Mummy Julia said...

nampak begitu menyelerakan.. so yummy!

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...