Monday, September 28, 2015

MOIST BANANA CARAMEL CAKE / KEK PISANG MOIST


I can say that this is keeper, sedap kek pisang ni, cukup moist, lembut dan gebu. Untuk double dose kenikmatannya saya drizzlekan sedikit caramel...perghhh perfect untuk minum petang.

Resipi adaptasi dari blog masam manis.

Caramel Moist Banana Cake
Ingredients
  • 350 gm pisang yang masak ranum
  • 200 gm gula halus
  • 3 biji telur A
  • 1/2 sudu teh ovellete ~ optional
  • 250 gm tepung
  • 1 sudu teh baking powder
  • 100 ml susu segar atau susu cair
  • 125 gm minyak jagung atau butter di cairkan
  • 1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
  • pisang di hiris nipis-nipis untuk hiasan
  • badam cincang ~ jika suka

Instructions
  1. Jika menggunakan mentega atau butter, cairkan butter terlebih dahulu biarkan sejuk.
  2. Tepung gandum pula di campurkan bersama baking powder dan di ayak
  3. Pisang di lumatkan dengan garfu atau senduk kayu
  4. Masukkan pisang ke dalam mixer bersama gula halus dan putar hingga gula larut dan sebati
  5. Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga gebu.
  6. Jika suka kek yang sedikit spongy, letakan 1/2 sudu teh ovellete. Jika tak letak pun tak apa, tapi pastikan adunan telur di pukul sampai kembang dan gebu dan  bertukar warna pucat keputihan.
  7. Kemudian barulah masukkan susu segar atau susu cair 
  8. Terus putar
  9. Perlahankan mixer dan masukkan tepung, putar hingga adunan sebati.
  10. Jangan lama sangat, angar tepung sebati.
  11. Tuangkan minyak jagung atau butter cair dan kaup balik adunan hingga rata
  12. Sediakan loyang 8 x 8 atau 7x7 inc
  13. Gris dengan butter dan lapik dengan kertas minyak
  14. Panaskan oven 170 C api bawah dan 150 C api atas. 
  15. Tuangkan adunan ke dalam loyang
  16. Jika nak hiaskan dengan kepingan pisang, potong kepingan pisang nipis-nipis. 
  17. Taburkan badam cincang di atasnya jika suka 
  18. Bakar dalam oven dengan suhu yang ita cadangkan tadi selama 50 minit ~ 60 minit
  19. Bila kek dah masak, sejukkan dalam 10 minit dan terbalikan atas redai

    Notes

    All images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you.

    No comments:

    You Might Also Like These

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...