Wednesday, September 02, 2015

ALMOND SLICE BROWNIES


What I love about brownie ialah bila tiba-tiba keinginan pada sesuatu yang manis menyerang..ha..ha..brownie adalah resipi yang paling sesuai..tidak renyah mudah dan bahan-bahan yang digunakan sentiasa berada di gerobok dapur...

Resipi kali ini saya masukkan hirisan badam yang telah dipanggang dahulu. Brownie dibakar beberapa minit kemudian dikeluarkan dan ditabur badam. Ini bagi memastikan badan terapung cantik diatas. Bahan dan cara membuat brownie ini sama dengan brownie yang lain. Tekture brownie pula adalah fudgy dan lembut.


Almond Slice Brownie

Bahan A
  • 250gm dark chocolate 
  • 120gm butter  
  • 140gm all purpose flour 
  • 30gm cocoa powder
  • 1 tsp baking powder
Bahan B
  • 3 biji telur saiz A
  • 230gm brown sugar (dark brown sugar pun boleh)
  • 1 tsp esen vanila
  • secubit garam
  • bancuhan 1sudu kecil nescafe dan 2 sudu besar air panas 

Bahan C

1/2 cawan hirisan badan dipanggang dahulu

Cara Menyediakannya

  1. Panaskan oven 170c selama 10-15 minit ... Gliss permukaan loyang 8x11 dengan sedikit butter serta letakkan baking paper pada loyang serta gliss kan juga dgn butter
  2. Chocolate masakan dicairkan dgn kaedah double boil setelah mencair masukkan butter . biarkan kedua2nya larut dan tutup api serta sejukkan.
  3. Ayak all purpose flour/tpg gandum, cocoa powder serta baking powder dalam satu bekas. ketepikan
  4. Dalam bekas yang lain pula pecahkan telur , masukkan brown sugar, esen vanila beserta bancuhan nescafe. Kacau sebati dan gula larut menggunakan hanya hand whisk. kacau agak2 dlm 2-3 minit sahaja
  5. Kemudian tuangkan adunan chocolate masakan ke dalam adunan telor dan kacau sebati 
  6. Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung ke dlm adunan tadi...kaup balik sehingga sebati
  7. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digliss dengan butter..ratakan permukaan adunan
  8. Bakar adunan suhu 170c selama 15 keluarkan dan tabur badam, masuk semula dalam oven dan bakar lai 30 minit atau hingga masak. Jangan terlalu lama nanti brownies terlalu kering... setelah masak tempohnya buka sedikit pintu oven biarkan brownies dlm 10-15 minit dlm oven kemudian baru dikeluarkan dan potong brownies waktu ia masih panas...


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...