Pages

Tuesday, August 15, 2017

DENDENG DAGING PERAK


Lauk ini akan muncul bila Ramadan, biasanya saya akan masak bersama nasi lemak. Cukup sedap dimakan bersama set nasi lemak dab biasanya saya akan buat agak kering sedikit supaya boleh bertahan sehingga sahur.

Bahan digunakan mudah aje cuma yang renyahnya daging hendak direbus dahulu digoreng dan ditumbuk halua. Apa pun walaupun renyah lauk ini sesuai untuk anak2 yang tinggal di asrama untuk dijadikan lauk sahur kerana jika kena dengan cara kita masak ia boleh tahan dua tiga hari.


Dendeng Daging Perak
  • 1 kilo daging
  • 25 tangkai cili kering ( dikisar)
  • 5/6 labu bawang merah besar dan dikisar bersama cili kering
  • Sedikit gabungan kicap lemak manis dan kicap pekat
  • 2/3 sudu besar cuka
  • Garam dan gula
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit halia, bawang putih yang dikisar untuk diperap bersama daging
  • 2 batang serai dititik
  •  
Cara membuatnya:
  1. Rebus daging sehingga empuk
  2. Potong daging nipis-nipis dan tumbuk sehingga leper
  3. Perap daging bersama bahan-bahan perapan dan sedikit kicap selama 30 mint- 1 jam
  4. Goreng daging, angkat dan toskan
  5. Tumis bawang dan cili kering, serai sehingga garing dan naik minyak
  6. Masukkan kicap dan gaul rata
  7. Masukkan daging yang telah digoreng tadi
  8. Masukkan garam, gula dan cuka
  9. Gaulkan dendeng daging,angkat dan hidangkan
    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

    Thank  You.

    Tuesday, August 08, 2017

    KARI AYAM KAPITAN


    Out of curiosity saya masak kari ini kerana ingin mencari perbezaan antara kari ayam biasa dan gulai ayam padang masakan minang. Perbezaannya jelas pada rempah yang digunakan. Kalau kari biasa rempahnya adalah lebih keras berbanding dengan kari ini yang banyak menggunakan serai dan lengkuas.

    Juga menarik diperhati aromanya juga berbeza, kari biasa menggunakan dua kari, gulai minang dengan daun salamnya manakala kari kapitan ini menggunakan daun purut, tapi yang jelas ketiga-tiganya sedap dan menyelerakan.

    Resipi ini adalah adaptasi dari blog tiffinbiru - dapur tanpa sempadan

    Kari Ayam Kapitan


    • 2 keping peha ayam saiz besar (atau anda boleh guna 1/2 ekor ayam)
    • 4 helai daun limau purut
    • 1 cawan pati santan
    • 1 biji limau nipis, perah jusnya
    • 1/2 camca teh lada sulah
    • Garam dan gula secukup rasa
    • Air secukupnya
    • Bawang goreng, untuk hiasan
    • Daun pudina, untuk hiasan

    BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
    • 8 biji bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 1/2 inci halia
    • 1/2 inci lengkuas
    • 2 biji buah keras, hiris
    • 4 biji cili merah
    • 8 tangkai cili kering, kerat pendek, buang biji dan rendam dalam air panas, toskan
    • 1 inci kunyit hidup
    • 2 batang serai, hiris halus
    • 1/2 inci belacan

    CARA MEMBUATNYA :-)

    1. Ayam dipotong kecil atau ikut suka, cuci toskan, kemudian gaul dengan sedikit tepung gandum hingga rata. Perap 15 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. Ketepikan. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 1/4 cawan), tumis bahan2 kisar halus hingga harum, guna api kecil dan kacau sentiasa.
    2. Bila sudah naik minyak, masukkan ayam dan daun limau purut, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang sedikit air (anggaran 3 cawan), biarkan mendidih. Kemudian masukkan santan, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
    3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga kuah pekat sedikit dan ayam masak. Masukkan jus limau nipis (yang ni anda agak2 lah yea, masukkan sikit dulu, kacau dan rasa kuahnya, kalau perlu baru tambah lagi). Masak sekejap lagi dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur bawang goreng dan hias dengan daun pudina sebelum dihidangkan..
    Notes



    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

    Thank  You.

    Saturday, July 29, 2017

    SAMBAL SOTONG DAUD LIMAU PURUT

    b vs


    Sotong baik kering atau basah memang sedap dibuat sambal. Menu ini adalah sambal sotong biasa tetapi dimasukkan daun limau purut untuk mendapatkan aroma yang lebih sedap. Seeloknya untuk resipi ini gunakan sotong yang besar kerana apabila dihiris bulat nampak cantik dan menyelerakan


    Sambal Sotong Daud Limau Purut
    • 500 gm sotong  dihiris bulat
    • 3 helai daun limau purut | dihiris kasar
    • 3 sudu makan pes cili kering
    • 2 sudu makan kicap pekat manis
    • 1sudu makan air asam jawa
    • 4 biji bawang merah | dikisar kasar
    • 3 ulas bawang putih | dikisar kasar
    • 2.5cm halia | dikisar kasar
    • 1 batang serai |dititik
    • 1biji bawang besar | dihiris bulat
    • Garam dan gula secukupnya
    • Sedikit minyak untuk menumis

    CARA MEMASAK:

    1. Bersihkan sotong kemudian tos dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar bersama serai hingga wangi.
    3. Masukkan pula pes cili kering dan daun limau purut, kacau lagi hingga pecah minyak.
    4. Seterusnya, masukkan sotong dan air asam jawa, kacau lagi hingga sotong layu.
    5. Akhir sekali, lengkapkan rasa dengan kicap, garam dan gula secukupnya.
    6. Angkat dan sedia dihidangkan.

      Notes


      RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

      Thank  You.

      Friday, July 28, 2017

      KARI IKAN MAMI PATIMA


      Lauk yang wajib ada cuma ikannya aje dirotate, kari ikan saya lebih suka mamak style pekat dan tidak bersantan. Terung dan bendi mesti ada tapi jika ada mangga muda, saya akan masukkannya, kari akan jadi masam sedikita. Lauk sebegini sedap makan bersama sambal belacan dan papedom


      Kari Ikan

      • 1 ekor bawal hitam potong 4
      • 5 bendi dipotong 2
      • 2 terung potong 2
      • 1 biji tomato belah 4
      • 1/2 cawan air asam jawa
      • 3 sdb minyak masak
      • 3 cawan air
      Bahan Tumis


      • 1 labu bawang besar dimayang halus
      • 3 biji bawang putih
      • 2 tangkai daun kari
      • 2 sdt halba campur
      • 2 paket rempah kari Baba'

      Cara Menyediakan


      1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg dimayang dengan halba campur. Setelah agak layu masukkan rempah kari.  Masukkan 2 tangkai daun kari... Masak sehingga pecah minyak, masukkan air
      2. Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yg ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai...masukkan garam.
      3. Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan tofu dan bendi.
      4. Biar seketika sehingga naik minyak dan masukkan tomato
      5. Padamkan api dan angkat
        Notes



        RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

        Thank  You.




        SUP KUNING AYAM


        Biasanya saya masak kuah kuning ini untuk makan bersama nasi impit tapi kali ini saya masak sup kuah kuning sebagai lauk berbuka. Sedap juga bila ada lauk bersambal untuk digukan dengan kuah kuning ini. Jika inginkan memakan sup ini begitu aje sambal kicap perlu ada untuk suaikan tekak orang Melayu yang sukakan pedas. Selain dari ayam daging juga sesuai digunakan


        Sup Kuning Ayam
        • 1/2 ekor ayam | dipotong 8
        • 5cm lengkuas dititik
        • 5cm halia
        • 1cm kunyit
        • 4 biji bawang besar
        • 4 biji buah keras
        • 1 sdb rempah sup
        • 1 bungkus sup punjut
        • 2 batang serai dititik
        • 2 helai daun salam
        • 2 biji kelapa | diasingkan santan pekat dan santan cair
        • Garam secukup rasa
        • Sedikit air

        CARA MEMASAK:
        Kisar , halia, kunyit,  bawang besar dan buah keras hingga halus.
        Campurkan rempah sup
        Masakkan bahan-bahan tadi di dalam periuk dengan sedikit air dan sup punjut  serai dan lengkuas sehingga mendidih. Kemudian masukkan ayam bersama santan cair dan daun salam
        3. Apabila ayam hampir masak, masukkan santan pekat 
        4. Perasakan dengan garam dan sedia untuk dihidang.

          Notes


          RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

          Thank  You.

          SIAKAP 3 RASA


          Siakap 3 Rasa, rasanya tidak perlu pengenalan ramai yang tahu dan ramai yang suka boleh didapati di mana-mana Restoran Thai tapi lebih murah kalau buat sendirikan. Saya tidak guna banyak bahan di sini buat simple aje untuk berbuka tetapi yang pasti saya buatnya panas-panas dan segar


          Siakap 3 Rasa
          • 1 ekor ikan siakap dibersihkan
          • 1 sudu makan tepung jagung
          • 2 keping nanas | dipotong dadu
          • 1/2 batang timun | dipotong dadu
          • 1 biji cili merah | dihiris
          • Sedikit garam
          • Minyak masak secukupnya
            BAHAN TUMIS:

          • 2 ulas bawang merah | dihiris
          • 1/2 biji bawang besar | dihiris
          • 1 ulas bawang putih | dihiris
          • 1 inci halia | dihiris
            
          BAHAN SOS:

          • 4 sudu makan sos cili
          • 3 sudu makan sos tomato
          • 2 sudu makan sos tiram
          • 3 sudu makan air
          • 1 sudu makan sos ikan
          • 1 sudu teh gula
            
          CARA MEMASAK:

          1.Lumurkan ikan bersama sedikit garam dan tepung jagung. Goreng hingga garing. Ketepikan seketika.

          2.Tumis bahan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan bahan-bahan sos. Gaul rata.

          3.Masukkan ikan diikuti potongan nanas dan timun. Gaul seketika sehingga semua bahan sekata.

          4.Tabur hirisan cili dan sedia dinikmati.
            Notes


            RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
            All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

            Thank  You.

            Thursday, July 27, 2017

            ASAM PEDAS IKAN PARANG MELETOP


            Ikan Parang Ikan Terubuk adalah antara ikan favourite untuk asam pedas. Menu ini selau mengingatkan saya pada arwah umi, arwah memang suka asam pedas ikan parang dan selalu akan masukkan sawi asin, memang sedap dan asam pedas orang dolu-dolu memang terangkat sebab semua bahan digiling dan pastikan rasanya memang sedap. Sekarang kita semua pakai main blend aje

            Untuk kali ini saya masukkan bendi dan terung sekali. Ikan parang yang fresh menjadi kemanisan asam pedas ini begitu sedap sekali, sebab itulah penting mendapatkan ikan yang fresh perghhh......


            Asam Pedas Ikan Parang

            • 3-4 ketul ikan - saya guna ikan parang
            • 2 biji tomato dibelah 4
            • 5 -6 biji bendi
            • 2 biji terung hijau dibelah dua
            • 3 tangkai daun kesum
            • 1 cawan air asam jawa
            • 1 senduk minyak masak
            • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

            Bahan Untuk diblend

            • 25 tangkai cili kering direndam terleih dahulu
            • 2 biji bawang besar
            • 5 ulas bawang putih
            • 2" belacan
            • 2" kunyit hidup
            • 1 sdb lada hitam

            1. Blend semua bahan sehingga menjadi pes halus dan basah
            2. Instructions
            3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga garing
            4. Masukkan 1 cawan air
            5. Renehkan seketika, masukkan ikan dan daun kesom
            6. Biar seketika dan masukkan air asam jawa, garam, gula dan seruk perisa
            7. Tamah air jika perlu berkuah lagi
            8. Akhir sekali masukkan bendi dan tomato
            9. Biar sehingga naik minyak , padamkan api
              Notes


              RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
              All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

              Thank  You.

              You Might Also Like These

              Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...