Pages

Friday, December 08, 2017

DAKGANGJEONG - KOREAN SWEET CRISPY STICKY CHICKEN


Kalau kita fikirkan cili padi kita dah cukup pedas, masakan Korea tidak kurang hebat dengan kepedasannya. Ayam Goreng ini adalah versi sticky chicken cara Korea. Sedap buat ratah-ratah atau makan dengan nasi. Resipinya saya ambil dari majalah wanita



Ayam Goreng Korea

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Ayam goreng cara Korea yang popular ranggup pedas dan sedap

  • 16 ketul ayam bahagian kepak
  • 1 sudu kecil garam
  • Secubit lada hitam
  • 1/2 sudu kecil halia parut
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • Minyak untuk menggoreng (kira-kira 5 hingga 6 cawan)

Ini bahagian yang penting untuk menyediakan sos pedas Korea:


  • 2 sudu besar bawang parut
  • 1 sudu besar bawang putih cincang
  • 1 sudu kecil halia parut
  • 1 sudu besar kicap
  • 4 sudu besar cuka kurma
  • 2 – 3 sudu besar sos pedas (jenama Frank Original)
  • 4 sudu besar sos cili atau sos tomato (jenama Heinz)
  • 2 sudu besar sos gochujang
  • 2 sudu besar sirap jagung atau madu
  • 1 sudu besar gula (atau lebih untuk rasa)
  • 1/2 sudu kecil dijon mustard
  • 1 sudu kecil minyak bijan

Bahan hiasan:

1/2 sudu kecil biji bijan

Cara membuat:

  1. Mula-mula campurkan ayam dengan garam, lada dan halia. Perap selama 20 hingga 30 minit.
  2. Panaskan kuali dengan api yang kecil. Tambah 1 sudu besar minyak masak dan kemudian bawang, bawang putih dan halia. Kacau selama satu minit sehingga wangi. Tambah semua bahan sos yang lain dan kacau rata. Masak hingga pekat kira-kira 4 hingga 5 minit. Matikan api.
  3. Buang mana-mana air yang berlebihan dari ayam yang diperap. Gaul ayam dengan tepung jagung hingga sama rata.
  4. Tambah minyak ke dalam kuali untuk deep fry. Panaskan minyak kepada 320 ° F. Masukkan ayam ke dalam minyak, satu bahagian pada satu masa. Gorengkan dalam dua kelompok. Masak hingga warna keemasan, kira-kira 5-7 minit, bergantung kepada saiz ayam.
  5. Panaskan minyak hingga 370 ° F. Masukkan ayam dan goreng lagi selama 2 hingga 3 minit sehingga keemasan. Letakkan di atas penapis untuk tos minyak.
  6. Panaskan sos dengan api kecil. Masukkan ayam dan kacau sama rata, pastikan semua disalut dengan sos pedas. Taburkan dengan bijan.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...