Pages

Showing posts with label Apam. Show all posts
Showing posts with label Apam. Show all posts

Friday, June 10, 2016

PUTERI AYU PANDAN



Puteri Ayu rasanya nama menepati dengan kuih ini, comel dan sedap mata memandang. Kuih ini popular di Malaysia dan Indonesia dan boleh di kategorikan antara jenis bolu atau apam. Tektur lembut seperti sponge. Kini kuih ini telah divariasikan dengan meletakkan cheese. Apa pun saya tetap suka perisa pandan ini

Sesuai buat minum petang, sarapan pagi dan berbuka


Puteri Ayu Pandan

Bahan-Bahan 
  • 1 biji telur gred A 
  • 80 gram gula halus
  • 80 ml pati santan
  • 1/2 sk pes pandan
  • 1/2 sk ovallete
  • 90 gram tepung gandum*
  • 1/2 sb tepung ubi* (*disatu dan diayak)


Gaul rata:
  • 1 cawan kelapa parut
  • 1 sb tepung jagung
  • 1/4 sk garam halus


Cara cara:
Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 camca teh parutan kelapa dan tekan sampai padat. Ketepikan.

Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar hingga kembang. Masukkan pes padan dan gaul rata. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan santan hingga habis. Gaul hingga sebati.


Sudukan ke dalam acuan yang telah diisi dengan kelapa tadi. Kukus atas air mendidih selama 15 minit. Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan dari acuan. Boleh dihidangkan....

      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.



      Sunday, May 01, 2016

      APAM CANTIK MANIS


      Kalau di Indonesia namanya Bolu Mekar cukup popular di sana siap ada pertandingan lagi tapi di sini kita lebih senang dengan panggilan apam dan seingat saya masa kecil-kecil dahulu arwah umi memanggilnya Kuih Cantik Manis 

      Bahan penaik yang diguna ialah soda, kenapa? allahwalam, saya tidak tahu kerana cuma ikut resipi aje sebab kuih ini lembut gebu, sedap dan cantik ha....ha




      Apam Cantik Manis

      • 2 biji telur
      • 1 cawan gula
      • 1 sudu teh ovalett
      • 1 cawan air ais krim soda (brand F&N)
      • 2 cawan tepung gandum
      • sedikit esen vanila
      • Pewarna kesukaan
      • paper cup


      Cara Membuat:

      1. Pukul telur dan gula sampai hancur dan kembang.
      2. Masukkan ovalett sampai adunan jadi putih gebu.
      3. Masukkan esen vanilla. Pastu masukkan air ais krim soda.
      4. Pukul sebentar, kemudian masukkan tepung & pukul sampai sebati.
      5. Lepastu bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Kemudian, letaklah warna kesukaan anda.
      6. Masukkan ke dalam paper cup dan kukus selama 10 minit dengan api yang sederhana


        Notes


        RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.





        Sunday, June 14, 2015

        IFTAR TREATS - INDONESIA KUE MANGKOK / APAM GEBU


        Kue Mangkok atau Apam ini memang favourite saya, sudah berkali membuatnya tetapi masih belum menghasilkan apam yang merkah cantik. Tak tahu apa sebabnya resipi dan sukatan sama tapi apam ini masih belum mampu untuk tersenyum....ha..ha..apa pun janji sedap dan lebih sedap dimakan dengan kelapa parut.


        Kue Mangkok Gebu



        Author: PATYSKITCHEN
        Recipe type: Kuih Muih
        Cuisine: Local

        Ingredients
        Bahan :
        250 ml air
        125 gr gula pasir
        125 gr tepung beras
        25 gr tepung gandum
        100 gr tapai ubi
        1 sdt ragi instant
        1 sdt baking powder

        Cara membuat :
        1. Masak air dan gula sampai gula larut, tidak perlu mendidih. Angkat, biarkan hangat/suam suam kuku.
        2. Campur tepung beras, tepung gandum dan tapai ubi. Tuang air gula hangat sambil digaul sampai rata. Adonan akan menjadi pekat.
        3. Masukkan ragi instant. Gaul rata. Diamkan adonan selama 30 minit di tempat hangat dan ditutup.
        4. Panaskan kukusan sampai airnya mendidih dan beruap banyak. Pastikan airnya sudah bergolak. Siapkan acuan plastik biar kering
        5. Kacau adonan sampai buihnya hilang. Masukkan baking powder, kacau rata.

        6. Tuang adonan ke dalam acuan sampai penuh. Kukus dengan api besar selama 10 minit. Angkat dari kukusan, biarkan hangat baru dilepas dari acuan.


        Recipe Source :- PATYKITCHEN
        PATYSKITCHEN@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

        Monday, March 09, 2015

        APAM NASI MERAH HIJAU


        Resipi adaptasi dari Yatie Memories ini memang saya suka, satu dia mudah, dua dia sedap dan tiga merupakan satu cara untuk tidak membuang nasi lebihan semalam. Paling saya suka ialah aromanya semasa pemerapan.

        Oleh kerana saya cuma ada 1 cawan maka saya membuat 1/2 adunannya, itu pun sudah banyak. Menggunakan cawan lompang biasa, saya memperolehi lebih kurang 20 biji apam nasi. Kelapa putih parut menambahkan kelazatan pada apam ini dan merupakan sajian yang cukup sesuai buat sarapan pagi dan minum petang.




        Apam Nasi
        • 2 cwn nasi
        • 2 cwn tepung gandum
        • 2 cwn tepung beras
        • 1 1/2cwn gula pasir
        • 2 1/2 cwn air
        • 2 sudu kecil yis (mauripan)
        • kelapa parut dgn sedikit garam

        Cara-cara
        1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
        2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
        3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
        4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
        5. Perap selama 3 jam.
        6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
        7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
        8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
        9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja

        @PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

        Friday, December 12, 2014

        COCONUT BLOSSOM


        Rasanya ramai yang sudah mencuba resipi ini, tetapi saya baru mencuanya baru-baru ini. banyak resipinya tetapi saya menggunakan resipi yang diberikan oleh rakan saya. Resipi saya menggunakan tepung naik sendiri serta susu tepung, ada yang menggunakan tepung iasa dan aking powder serta seruk sanatan..apa pun resipinya semua bergantung pada citarasa masing.

        Macam bolkus biasa tetapi ia dimasukkan inti kelapa. Kuih dikukus diatas api kuat supaya ia mekar cantik. Sanjian gebus ini sesuai buat minum petang mahupun sarapan pagi.






        Tuesday, March 06, 2012

        APAM CHOCOLATE


        Simple steam chocolate cake, soft. dense and fluffy. Cakes steamed in Chinese Tea Cups. Recipe heavily adapated from linrosly.blogspot.
        _________________________________________________________________________


        Apam chocolate kukus......resipi dari dapur LinRosly.Blogspot. Cukup simple dan kaya rasa chocolatenya. Apam ini lebih kurang mini chocolate cake. Sesuai buat sajian petang. Lembut dan gebu. Thanks Lin...sedap!!!!

        Saturday, February 04, 2012

        STEAMED CARAMEL CAKE / APAM GULA HANGUS




        Quick and easy steamed caramel cupcakes perfect for tea or breakfast. Also known as Bolu Sakura in Indonesia. Soft and spongy.

        Dah lama tak buat apam ini, cadangnya nak kukus pakai loyang...tetapi tukar pada acuan Puteri Ayu..suka kecil-kecil macam senang masak dan senang diuruskan. Suka rasa gula hangus dan apam ni lembut dan sedap.

        Next Post - Eggnog Cupcake

        Tuesday, January 31, 2012

        BOLKUS FANTA


        This is another recipe that I got through Indonesia NCC Bolkus Week. Instead of the the normal soda used in this steamed cupcake, I replaced it with red Fanta. The result turned out the same, look's like any carbonated drinks fit this cupcake.

        Saya suka meneliti bolkus yang dihasilkan melalui Indonesia NCC Bolkus Week, cukup cantik-cantik bolkusnya, rasanya saya sudah mencuba dua tiga resipi dari sana dan ini adalah salah satu daripadanya. Bolkus ini menggunakan Fanta merah menggantikan soda yang biasa..malah untuk resipi ini kita boleh menggunakan apa-apa jenis minuman berkabonate..pasti tidak menghampakan, yang merah itu saya gunakan Fanta manakala yang putih itu saya gunakan sprite. Hasilnya sama, lembut dan sedap.

        Next Post - Fish and Chips

        Monday, January 30, 2012

        APAM SERI AYU



        This steamed "kuih" has a fantastic aroma, the aroma of the screwpine leaves, the texture of the kuih is soft and spongy. Very nice and presentable for functions or party. Don't limit yourself to just green..you can make a colorful range if you like.

        Print Options

        Apam Seri Ayu



        Bahan-bahan
        • 5 biji telur (saiz kecil)
        • 250gm tepung gandum
        • 300gm gula (*akak kurangkan kpd 270 gm je)
        • 2 camca teh ovallate
        • 1 camca teh baking powder
        • 250ml santan
        • sedikit pewarna hijau
        • 2 camca teh paste pandan
        • Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)
        Cara-cara: 
        1. Panaskan kukusan.
        2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
        3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna.
        4. Kacau lagi hingga sebati.
        5. Sapu sedikit minyak pada acuan.
        6. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
        7. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
        8. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

        Lama dah teringin hendak mencuba apam ini cuma baru kesempatan mencubanya semasa cuti baru-baru ini. Untuk resipi-resipi macam ini saya suka menggunakan air pandan supaya kuih ini harum dengan bau pandan ialah resipi ini banyak menggunakan telur jadi pati pandan boleh balancekan bau telur. Resipi saya ambil dari dapur Ummi - Home Sweet Home. Sebenarnya resipi ini tidak terhad kepada warna hijau aje..boleh juga gunakan warna-warna lain jika suka..malah chocolate pun nampak menarik.


        Next Post - Kuih Mutiara Indonesia.

        Wednesday, January 18, 2012

        APAM / BOLKUS CAPPUCINO



        Blog walking to our neighbouring friends in Indonesia..I saw a whole list of these tiny blossom steam cake. My goodness...they were so creative in designing the cake. These steam cake are known as Bolkus..literally means steam cake. It's NCC Bolkus Cooking Challenges (NCC - Natural Cooking Club)...wow..members participating in the program got to come our with their creativity in making these bolkus. I was stunned looking at the beautiful, blossom steam cake and I am really impressed. Click here to view more http://nccbolkusweek.blogspot.com/2011/05/brownies-kukus-mekar-ayi.html

        I love the white and chocolate bolkus with zebra design and tried making one batch of it. So here's my bolkus cappucino ..I used cappucino to get the color. Though not 100% of what I want but I'm happy with the outcome.


        Blog walking ke tanah seberang...terserempak dengan hasil NCC Bolkus Week...mak aii menarik betul dan cantik banget bolkus yang disediakan oleh para peserta. Click sini untuk melihat hasil pesertahttp://nccbolkusweek.blogspot.com/2011/05/brownies-kukus-mekar-ayi.html. Memang cantik-cantik geram betul tenguk. Saya cukup berkenan dengan design zebra yang berbelang-belang putih dan cokolate....ambil resipi cuba buat tetapi tak dapat zebranya walaupun diajar cara untuk mewarnakanya. 

        Apa pun saya tetap berpuas hati...benda-benda macam ini kena practice...baru hasilnya hebat. Rasa bolkus ini kebanyakkanya sama aje...macam apam mekar..cuba ada setengah resipi menggunakan santan ada tidak ada yang menggunakan soda dan ada yang menggunakan double action baking powder.

        Next Post - Breakfast Menu

        You Might Also Like These

        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...