Monday, March 09, 2015

APAM NASI MERAH HIJAU


Resipi adaptasi dari Yatie Memories ini memang saya suka, satu dia mudah, dua dia sedap dan tiga merupakan satu cara untuk tidak membuang nasi lebihan semalam. Paling saya suka ialah aromanya semasa pemerapan.

Oleh kerana saya cuma ada 1 cawan maka saya membuat 1/2 adunannya, itu pun sudah banyak. Menggunakan cawan lompang biasa, saya memperolehi lebih kurang 20 biji apam nasi. Kelapa putih parut menambahkan kelazatan pada apam ini dan merupakan sajian yang cukup sesuai buat sarapan pagi dan minum petang.




Apam Nasi
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 1/2cwn gula pasir
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...