Thursday, March 05, 2015

LAHORI MURGH CHOLAY / KARI KACANG KUDA ALA PAKISTAN


Sudah sampai ke Lahor Pakistan ke belum? Kalau belum inilah sarapan kegemaran mereka kari kacang kuda dimakan bersama roti. Biasanya roti favourite ialah roti puri tapi saya cuma gunakan flat bread aje..malas hendak meroti.

Kari ini dipekatkan dengan kacang kuda  yang dilecek sedikit. Saya menggunakan kacang kuda tin tetapi kalau hendak sedap lagi, lebih baik guna kacang kuda yang direbus. 1/3 daripada kacang itu saya lecek. Untuk rempahnya juga saya guna jalan shortcut, saya guna serbuk kari babas..tetapi kalau hendak membuat rempah sendiri pun boleh.

Menu ini jika tidak makan dengan roti boleh juga diletakkan telur rebus, jadikan lauk makan dengan nasi.


Lahori Murgh Cholay

  • 200 g isi ayam dipotong dadu
  • 1 tin kacang kuda (toskan airnya 1/3 dilecek)
  • 2 tangkai daun kari
  • 2 biji tomato didadu
  • 2 biji bawang besar didadu
  • 3 biji cili hijau dihiris nipis
  • 1 tangkai daun ketumbar dicincang
  • 1 cawan air
  • 3 sdb yogurt
  • 3 sdb minyak masak
  • garam secukup rasa

Bahan Rempah

  • 1 packet serbuk kari daging (saya guna Baba's)
  • 3 ulas bawang putih ditumbu halu
  • 2"halia ditumbuk halus

Gaulkan semua bahan menjadi pes basah

Cara Menyediakannya

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan daun kari sehingga layu dan naik baunya
  2. Masukkan rempah basah tadi dan biar sampai pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, tomato cili hijau dan daun ketumbar...masak seketika
  4. Masukkan 1 cawan air dan renehkan.
  5. Masukkan  yogurt, kacang kuda dan garam
  6. Biar atas api sehingga naik minyak dan angkat.
  7. Boleh tambah air jika ingin berkuah



Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You






1 comment:

kehidupan sihat said...

menarik resepi ni :)

salam kenal & jemput ke blog nana

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...