Friday, March 27, 2015

KARI TELUR REMPAH BABA'S


Kari Telur simple tapi cukup menyelerakan. Kebetulan jalan-jalan di wall kawan terpandang kari taelur ini, katanya sedap makan dengan pulut kuku...perghhh  tiba-tiba tekak terasa teringin jadi saya masak buat makan tengah. 

Saya masukkan sedikit kentang dan semestinya menggunakan rempah kari daging Baba's. Saya memang cukup selesa dengan rempah kari Baba's selain edap warnanya juga menarik.

Kari telur ini selain dari nasi dan pulut...dicicah bersama roti juga hebata.


Kari Telur
  • 5 - 6 biji telur, direbus dan dikopek kulit
  • 2 biji kentang buang kulit dan belah 4
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1 biji cili merah dibelah 2
  • 1 biji cili hijau dibelah 2
  • 2' halia dihiris nipis
  • 5 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 cawan santan
  • 2 cawan air
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntu bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 paket rempah kari baba's dibancuh bersama air menjadi pes basah
  • garam dan gula ecukup rasa
  • 3 sdb minyak masak

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang dan halia
  2. Masukkan daun karim kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang
  3. Biar atas api sehingga bawang agak garing baru dimasukkan rempah kari.
  4. Biar seketika sehingga pecah minyak, masukkan air dan kentang
  5. Masak sehingga kentang agak empuk baru dimasukan santan air asam jawa dan telur.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  7. Renehkan atas api kecil sehingga naik minyak baru dimasukkan tomato, cili merah dan cili hijau.
  8. Padamkan api dan hidang.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...