Thursday, March 12, 2015

KETAM MASAK LOMAK DAUD KUNYIT


Resipi harian yang menyelerakan dan pasti menjadi kegemaran semua. Untuk masakkan ketam kali ini saya banyak daun kunyit kerana aroma dan kuahnya menjadi lebih asli bila dibanyakkan daun ini..memang terasa keharumannya.

Lomak ketam ini sesuai digandingkan dengan ulam dan sambal belacan..ha..ha..bak kata orang mak mertua lalu pun tak sedar.


Ketam Masak Lomak Daun Kunyit

  • 1 kg ketam dibersihkan dan dibelah 2
  • 2 helai daun kunyit dicarik-carik
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 keping asam keping
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan santan cair atau air
  • garam secukup rasa


Bahan Untuk diblend

  • 25 biji cili padi
  • 1 biji bawang besar
  • 2"kunyit hidup

Blend semua bahan sehingga halus

Cara Menyediakanya

  1. Masukkan ketam, santan cair daun kunyit, asam keping dan serai kedalam periuk dan masak sehingga ketam berubah warna.
  2. Masukkan santan pekat dan kacau selalu supaya tidak bergentel
  3. Masukkan garam secukup rasa..kacau2 sehingga ketam agak masak dan kuah agak pekat angkat dan padamkan api.

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...