Monday, March 02, 2015

CRISPY FRIED CHICKEN WANTON


Satu lagi snak Chinese yang menyelerakan. Inspirasi dari Rangoon Crab kali ini saya menggunakan isi ayam yang direbus, digaul bersama Mayo. Jika sukakan pedas boleh la dihiriskan sedikit cili padi. Sajian ini popular di retoran China dan sedap dihidangkan bersama cili sos atau pun sos Teriyaki.




Crispy Fried Chicken Wanton


  • 1  paket kulit wanton
  • bancuhan air tepung jagung ( 1 sdb tepung jagung bersama 1/4 cawan air)
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Untuk Intinya

  • 1- 2 ketul dada ayam direbus dan disiat-iatkan dagingnya
  • 3 sdb mayo
  • 2 tangkai daun bawang dihiris nipis
  • 1 sdt minyak bijan
  • garam, lada sulah secukupnya

Gaulkan semua bahan dan adjust rasanya

Cara Menyediakannya

  1. Ambil sekeping kulit wanton isikan sesudu inti.
  2. Sapukan keliling wanton dengan bancuhan tepung jagung dan ponjutkan keliling menjadi seperti sup ponjut.
  3. Panaskan minyak dan goreng secara deep fry sehingga garing dan kekuningan
  4. Hidang bersama sos teriyaki atau pun cili sos

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...