Thursday, March 19, 2015

SUP TELUR SUON KENTANG


Masakan harian yang simle dan menyelerakan. Menu ini bukan sahaja digemari anak-anak malah orang dewasa juga mengemarinya. Digandingkan dengan ambal ikan, atau ikan masin sajian ini akan menjadi "addictive" susah hendak berhenti makan. Untuk memeriahkan sup ini boleh aje dimasukkaan bahan sayuran lain eperti jagung muda ataupun petula, dan jika tidak suka plin bolehlah dimasukkan santan.



Sup Telur Su'on
  • 3 - 5 biji tenlur
  • 2 biji kentang dibelah 4
  • 2 batang daun bawang dipotong 2" panjang
  • 2 paket kecil suon
  • 3 batang fucuk kering dipotong 2" dan rendam
  • 1/2 cawan kimcai
  • 3 cawan air stok
  • 3 ulas bawang putih dicincang
  • sedikit minyak bijan
  • 2 sdb minyak masak
  • serbuk lada dan garam secukup rasa

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik baunya
  2. Masukkan air stok,  serbuk lada, garam dan kentang biar sehinga kentang agak empuk pecahkan telur sebiji demi sebiji
  3. Biar sehingga telur agak masak baru masukkan sayur fucuk dan kimcai.
  4. Akhir sekali masukkan suon, daun bawang dan titikan sedikit minyak bijan dan padamkan api


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...