Friday, March 06, 2015

MASALA ALOO GOBI


Indian Vegetarian Dish..perghhh...simple yet satisfying. Saya suke menu sebegini, sesekali bila tekak terasa hendak makan yang tidak berkuah ini menjadi pilihan saya. Cuma dengan tiga jenis sayuran, kentang, bunga kobis dan kacang peas. Yang menambahkan kesedapan pada masakkan ini ialah rempahnya,..serbuk ketumbar, garam masala, jintan pudih, serbuk kunyit dan jika suka pedas bolehlah masukkan sedikit serbuk cili.

Sesuai digandingkan dengan nasi, capati, naan atau pun pratha.


Masala Aloo Gobi

  • 1 buku bunga kobis saiz sederhana dipotong ikut bung
  • 3 biji kentang dipotong dadu rebus separuh empuk
  • 1 kacang peas hijau
  • 2 biji tomato dicincang
  • 1 biji bawang besar dicincang
  • 1/2 sdt jintan putih
  • 2 sdb minyak
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 sdt asofoetida
  • garam secukup rasa
  • hirisan daun ketumbar

Rempahnya

  • 2 sdt serbuk ketumbar
  • 1 sdt serbuk jintan putih
  • 1 sdt serbuk garam masala
  • 1 sdt serbuk cili
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 1" halia ditumbuk.
Satukan semua bahan sehingga menjadi pes basah.

Cara Menyediakannya
  1. Panaskan minyak tumis daun kari dan jintan putih sehingga naik baunyaa
  2. Masukkan bawang besar dan biar sehingga layu.
  3. Masukkan pes basah tadi dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan tomato yang dicincang
  5. Masukkan sedikit air, garam dan asofoetida,
  6. Akhir sekali masukkan kentang, bunga kobis dan kacang peas
  7. Kacau rata sehingga bahan rempah bersalut.
  8. Angkat dan tabur dengan hirisan daun ketumbar

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...