Thursday, March 05, 2015

MY CHICKEN CHUNK SHEPHERD'S PIE


Shephard's Pie atau cottage pie asalnya dari England dan biasanya menggunakan daging lembu atau daging kambing dimasak bersama-sama sayuran dan dilapiskan dengan kentang putar. Resipi sedap ini mempunyai banyak variasi.

Untuk shephard's pie kali ini saya menggunakan isi ayam dan kacang pol. Membuat sedikit kelainan sedikit sebab sosnya saya menggunakan sos tomato jadi kacang pol agak sesuai digunakan. Sayuranya pula saya gunakan carrot dan celery. Ayam saya lebih gemar ia berketul-ketul. Menu ini sesuai dijadikan hidang petang mahupun simple dinner.


My Chicken Chunk  Shepherd' Pie


Untuk Kentangnya
  • 5 – 6 ketul russet potato – rebus dan lecek
  • 125 ml susu segar
  • 50 g mentega
  • Garam dan lada secukup rasa
  • Gaul semua bahan, adjust rasa dan letak sebelah

Untuk Intinya
  • 2 dada ayam dipotong dadu – sedang
  • 1 tin kacang pol
  • 2 batang celery dihiris nipis menyerong
  • 2 batang carrot dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 helai daun bay
  • ½ sdt oregano
  • 2 sdb tepung gandum
  • 2 sdb pes cili
  • 1 cawan tomato – saya guna Kimball
  • 1 cawan stok ayam
  • 2 sdb minyak

Cara Menyediakannya
  1. Isi ayam digaul bersama tepung gandum dan diletak sebelah
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga naik baunya.
  3. Masukkan pes cili, serbuk bawang putih, serbuk halia dan daun bay.
  4. Kacau sehingga pecah minyak dan masukkan ayam.
  5. Biar seketika dan masukkan stok ayam dan tomato.
  6. Masukkan garam dan serbuk oregano.
  7. Renehkan dan masukkan carrot.
  8. Bila semua agak empuk masukkan celery dan kacang pol
  9. Adjust rasa dan pastikan kuah tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  10. Angkat dan masukkan ke dalam dulang atau casserole bowl..ratakan.
  11. Masukkan kentang lecek tadi ratakan dan bakar pada suhu 200 c  selama 30 – 45 atau sehingg atasnya kekuningan.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...