Monday, March 23, 2015

JIAN DUI - DEEP FRIED SESAME BALLS


Kuih ini popular dikalangan masyarakat Cina..Jian Dui, Matuan, Ma Yuan, Zhen Dai..Sesame Balls dan Kuih Bom dikalangan masyarakat Malaysia..ha..ha macam-macam namanya, diperbuat daripada tepung pulut dan berintikan lotus paste, kacang hijau, kelapa dan paling digemari ialah kacang merah.
Ranggup di luar dan chewy di dalam.

Cukup sedap dimakan panas-panas dan sesuai buat sarapan mahupun minum petang

Jian Dui
  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 100 ml + 10 ml air
  • 80 g gula
  • 1 cawan bijan putih
  • 1/2 sdt baking powder
  • Inti Kacang merah/kelapa/kacang hijau
  • minyak secukupnya untuk menggoreng
  • air untuk mencelup


Cara Menyediakannya
  1. Ambil 2 sdb tepung pulut gaul bersama 10 ml air menjadikan doh kecil uli sehingga sebati
  2. Masak sedikit air dalam periuk masak doh itu seperti memasak buah melaka. Bila timbul angkat dan rendam dalam air sejuk
  3. Dalam mangkok lain satukan semua bahan kering dan gaul rata. Masukkan doh kecil tadi dan uli sambil dimasukkan air sedikit demi sedikit sehingga sebati dan menjadi doh.
  4. Uli dan bentuk panjang dan dipotong sama saiz
  5. Ambil doh yang dipotong tadi bulat2kan leper dan masukkan inti,
  6. Bolakan semula
  7. Celup dalam air biasa kemudian gaul bersama bijan. Ulangi proses sehingga habis
  8. Tekan-tekankan supaya bijan melekat
  9. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan




Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...