Tuesday, March 10, 2015

3-1 FISH PIE / PIE IKAN


Sesuai dijadikan sarapan Pie Ikan ini mudah disediakan.Menarik mengenai pie ini kita boleh mempelajari 3 perkara dalam satu resipi. Pertama cara hendak poach ikan, kedua cara membuat white sos dan ketiga cara menyediakan mashed potatoes. Rasanya lemak dan berkerim dan jika suka boleh juga dimasukkan udang dan kacang peas hijau.

Untuk sarapan pagi boleh menyediakanya disebelah malam dan microwavekan disebelah pagi



Fish Pie 

  • 400g isi ikan putih (saya guna ikan merah)
  • 400g isi ikan dry
  • 600 ml susu
  • 1 bawang besar dibelah 4
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 bay leaves
  • 4 telur rebus dan hiris
  • daud pasley dicincang
  • 100g butter
  • 50g tepung
  • 5 -6 kentang dibuang kulit rebus dan lece
  • 50g cheddar, parut
  • sedikit garam dan serbuk pala

Poach Ikan
Masukkan ikan dalam periuk dan tuang 500 ml susu. Masukkan bawang besar dan cengkih dan bay leaves. Renehkan, perlahankan api dan reneh selama 8 mini. Angkat ikan dan letak di atas pinggan sejukkan sedikit dan carik-carikan ikan.  Susun dalam dulang pembakar/

Untuk Sosnya
Cairkan separuh mentega dan masukkan tepung. Kacau dan masukkan susu dari poach ikan tadi. Kacau supaya tidak bergentel. Masukkan cheese dan baki susu, renehkan sehingga sebati, masukkan garam dan serbuk pala. Bila agak pekat angkat

Untuk Kentangnya
Panaskan oven 200C/fan 180C. 
Satukan kentang. mentega dan susu. Gaul rata

Cara Menyediakannya
Ikan yang disusun dalam dulang pembakar ditaburkan sedikit daun pasley, kemudian hirisan telur dan akhir sekali kentang. Pastikan kentang memenuhi semua ruang tepi carik-carik dengan garfu dan bakar selama 30 mins.
Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...