Sunday, March 22, 2015

OVERNIGHT CINNAMON BAKED FRENCH TOAST


Overnight Cinnamon Baked French Toast ini lebih kurang sama dengan bread pudding cuma menariknya casserole ini custard yang disediakan dicurah atas roti dan dibiar semalaman sehingga betul-betul mesra baru dibakar. Serbuk kayu manis yang digunakan dalm resipi ini memberi aroma yang ungguh harum semasa membakar. Baunya dan rasanya persis cinnamon rolls..cukup sedap dan merupakan cara terbaik menghabiskan roti lama sebelum tarikh pupusnya.

Sedap dihidang bersama madu atau krim dan buah-buahan



Overnight Cinnamon Baked French Toast

  • 8 keping roti dibelah dua
  • 6 biji telur
  • 3 cawan susu
  • 1/4 cawan gula
  • 2 sdt serbuk kayu manis
  • 1 sdb mentega
  • gula ising dan serbuk kayu manis untuk ditabur 



  1. Sapukan dulang pembakar dengan mentega
  2. Susu roti sehingga habis
  3. Dalam mangkok lain pukul telur dan gula sehingga sebati
  4. Masukkan susu, esen vanila dan serbuk kayu manis
  5. Curahkan keatas roti dan biar semalaman dalam fridge
  6. Keesokkan harinya panaskan oven dan bakar selama 40 minit pada suhu 350 
  7. Keluarkan dari oven sejukkan sedikit kemudian  tabur gula ising dan serbuk kayu manis




Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...