Pages

Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Wednesday, November 22, 2017

SAMBAL SOTONG PETAI


Biasanya petai saya lebih selesa masak bersama udang atau ikan bilis, belum pernah lagi masak bersama sotong. This is my first try bila nenguk kekawan masak. Saya guna sotong yang bersaiz besar dan hiris bulat, cantik gitu. Anyway namanya sambal tumis makanya apa bahan yang digunakan memang tetap sedap



Sambal Sotong Petai

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Masakan harian kegemaran ramai. Boleh dimasak secara kering atau pun basah mengikut selera

  • 3 ekor sotong saiz besar potong bulat
  • 2 papan petai
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 1/2 camca besar pes asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 cawan air

BAHAN KISAR HALUS :-)

  • 1 genggam cili kering rendam dahulu
  • 7 biji bawang merah
  • 1/2 inci belacan


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Sotong dibersihkan, buang bahagian dalam sotong, potong bulat cuci dan toskan, Petai diambik isinya dan belah dua setiap satu. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/3 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum,  masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa, kacau dan masukkan petai. Tuang air dan masak hingga petai empuk.
  3. Masukkan sotong, kacau dan tambah hirisan bawang besar. Perasakan dengan garam secukup rasa dan gula secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi lemak, nasi putih atau sebagai bahan pencicah


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Wednesday, November 15, 2017

SOTONG GORENG KUNYIT


Masakan harian yang mudah dan ringkas. Sotong Kunyit ini adalah ispirasi dari ayam kunyit masakan Thai yang popular. Untuk memasak hidangan sotong yang sederhana sizenya cukup sesuai dipotong bulat. 

Saya masukan cili padi yang diketuk supaya ia ada rasa pedas-pedas sesuai dengan selera saya yang sukakan pedas



Sotong Goreng Kunyit

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Goreng sotong ala ayam kunyit yang ringkas dan sedap
  • 3 ekor sotong - sederhana besar
  • 1 biji bawang besar - dipotong nipis membulat
  • 2 biji bawang putih - dihiris nipis
  • 10 biji cili padi - diketuk
  • 7 batang kacang panjang dipotong 2" panjang
  • 2 biji cili merah dihiris menyerong
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap lemak manis JALEN
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis


Cara Membuatnya :
  1. Bersihkan sotong, buangkan kulitnya, dakwat serta mulut & matanya, kemudian potong kecil2 membulat, bersih & toskan.
  2. Sediakan sotong dengan gaulkan bersama garam & kunyit, perap & ketepikan sebentar.
  3. Sediakan bahan-bahan lain nya.
  4. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 sudu besar), masukan sotong yang telah diperapkan tadi, kacaukan sebentar.
  5. Masukan bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah dan kacang panjang gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit.
  6. Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam, kacau sebatikan.
  7. Tuangkan sedikit air & masukkan juga kicap lemak manis. Kacau & biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
  8. Matikan api & bolehlah dihidangkan.





RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Thursday, October 26, 2017

UDANG MENTEGA CEREALS BLACK PEPPER


Menu popular dikebanyak restoran Cina ini mampu dibuat di rumah. Resipi ini adalah resipi butter prawn yang dipelbagaikan dengan memasukkan cereals. Biasanya dua jenis cereals sedap digunakan ialah samadam oats atau nestum.  Black pepper dalam resipi ini adalah option, saya masukkannya kerana saya sukakan pedas




Udang Mentega Cereals Black Pepper

Yield: - lebih kurang 2 orang makan
Menu restoran yang boleh disediakan di rumah. Untuk cerealnya boleh guna oats atau nestum

  • 6 ekor udang ukuran sedang
  • 3 biji cili padi dihiris halus
  • 3 sdb unsalted butter
  • 1 cawan oat instan
  • 1 sdb lada hitam ditumbuk
  • secukupnya daun kari (dari 3 batang)
  • 3 biji telur dipukul 
  • garam dan perasa

Cara Menyediakannya


  1. Udang digoreng garam kunyit dan angkat.
  2. Cairkan mentega. Masukkan irisan cili padi bawang putih dan daun kari. Kacau rata sampai harum. Masukkan  pukulan kacau sehingga telur kering dan berurai.
  3. Masukkan garam lada hitam dan perasakan
  4. Masukkan Oat di kacau sampai rata.
  5. Masukkan udang, balik-balikan dan angkat


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Thursday, October 19, 2017

TRAY FISH N CHIPS


One dish meal yang tidak perlu pengenalan. Menu sedap ini boleh didapati di mana-mana cafe atau restoran. Ikan putih digoreng cara celup tepung atau cara disalut dengan breadcrumbs dan dihidang bersama potato chips, tartar sos dan coleslaw. Untuk mudah biasanya kita guna frozen dory yang boleh didapati di mana-mana mart tetapi untuk sedap pastinya ikan fresh seperti red snapper atau jenahak. Kalau ini biasanya saya akan minta tolong penjual ikan filletkannya.

Fish N Chips ini sedap dimakan panas-panas bersama perahan lemon




Fish N Chips

Yield: - lebih kurang 2 orang makan
One dish meal yang boleh didapati di mana-mana cafe atau restoran. Ikan di goreng cara celup tepung dimakan bersama potato chips dan tartar sos

  • 2 ikan dori sederhana besar
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • tepung gandum secukupnya

Cara perap:

  1. Basuh ikan dori (atau apa-apa ikan isi putih) bersih-bersih dan keringkan sedikit guna paper towel.
  2. Lumurkan dengan serbuk lada hitam dan garam.
  3. Salut tepung gandum secukupnya pada kedua-dua belah ikan (pastikan tepung disalut betul-betul supaya batter/adunan nanti boleh lekat kat ikan nanti). Ketepikan.
Bahan batter/adunan:

  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 1/4st soda bikarbonat
  • serbuk kunyit
  • garam
  • tepung gandum secukupnya
Cara:

  1. Campur kesemua bahan-bahan adunan hingga sebati dan tidak berketul. Konsistensi yang baik adalah bila adunan dicedok dengan sudu dan jari dilalukan di belakang sudu tersebut, ada garisan nyata yang terpisah antara adunan. Lagi pekat adunan, lagi rangup ikan tu nanti.
  2. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Dah panas, celup ikan ke dalam adunan. Perlahan-lahan masukkan ke dalam minyak.
  3. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan lebihan minyak.
  4. Sedia dihidang dengan kentang goreng  coleslaw, lettuce, dan tomato segar.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

MASAK LOMAK BUNCIS UDANG


Satu kebiasaan saya bila masak masak lomak saya suka masukkan sayuran, senang 2  in 1, dan tak payah fikir pasal sayuran lain. Sebenarnya banyak jenis sayur yang boleh dijadi bahan untuk masak lomak ini tetapi saya memilih buncis kerana ia bersesuaian dengan udang. Saya memasak kali ini dengan cara menumis simple tetapi jika sukakan pedas bolehlah masukkan cili padi

Lauk sebegini sesuai digukan dengan sambal belacan dan ikan masin




Masak Lomak Buncis Udang

Yield: - lebih kurang 5 orang makan

Masakan harian yang menyelerakan disediakan.

  • 1 genggam kacang buncis (dipotong serong serong)
  • 8-10 udang (sederhana besarnya)
  • 1 biji cili merah.(hiris)
  • 3-4 ulas bawang merahl (hiris)
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 cawan santan
  • 1/2 sudu serbuk kunyit
  • garam


  1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
  2. Masukan udang dan kacau hingga udang menjadi kemerahan.
  3. Masukan santan dan serbuk kunyit dan garam. (masukan serbuk perasa lain jika perlu) Masukan kacang buncis dan cili, renih seketika hingga kacang menjadi lembut.




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Saturday, September 23, 2017

RENDANG KERANG



Kita jarang menggunakan kerang untuk masakan, biasanya direbus dan cicah bersama cili sos tetapi sebenarnya kerang ini sedap juga dibuat rendang...ha...ha tapi yang peritnya jika hendak dijadikan lauk, untuk mengopeknya namun jika ada yang sudi makanya terhasil la lauk sedap ini.

Cara memasaknya dan bahannya sama macam kita masak rendang ayam





Rendang Kerang

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Rendang Kerang istimewa persis rendang ayam. Sedap dimakan bersama nasi atau ketupat


2 kg kerang direbus dan buang kulit

5 batang serai*

1 inci halia*
1 inci kunyit hidup*
1 inci lengkuas*
7 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
sedikit cili api*
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 helai daun limau purut
garam, aji & gula

Cara:

  1. Kisar bahan2 bertanda (*).. tumiskan hingga naik bau..
    masukkan santan.. asam keping.. garam.. gula.. aji.. dan kerisik.
    Kacau hingga kuah menjadi pekat..
    masukkan kerang dan kacau lagi
    masukkan juga daun limau purut dan daun kunyit..



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

SIAKAP KENG SOM

Keng Som ini lebih kurang macam asam pedas kita. Sama seperti kita di sana juga teardapat beberapa variasi dan warna semuanya mengikut bahan yang digunakan. Begitu juga dengan cara memasaknya ada yang rebus dan ada yang tumis. Mempunyai kombinasi rasa seimbang antara pedas dan masam membuatkan asam pedas asli Thai ini unik, lazat serta digemari, selain faktor kesegaran ikan siakap yang digunakan," 

Untuk versi ini saya pilih untuk menumis dan menggunakan daun limau purut untuk aromanya.

Satu lagi perkara yang unik tentang Keng Som ini ialah peggunaan kangkong dalam kuahnya. Ikan yang paling sedap digunakan ialah ikan siakap segar dan manis



Keng Som

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Masakan Thai yang menyerupai singgang atau asam pedas kita. Warna juga berubah-rubah mengikut bahan yang digunakan


Ikan siakap 1 ekor
Kangkung 5 pokok - patah2
Serai 1 batang - ketuk
Daun limau purut 5 helai - siat2
Daun kesum - segenggam
Gula melaka - agak2
Garam secukup rasa
Air kosong 2 cawan


Bahan Kisar

Air asam jawa
Lada kering 6 tangkai - rebus
Cili padi 8 tangkai
Bawang merah 4 biji
Bawang putih 3 biji
Lengkuas 2 inci
Halia 2 inci
Belacan bakar 2 inci


Cara Menyediakan
Satukan bahan kisar dengan Air kosong, gula garak, serai, daun kesum, daun limau, Biarkan sampai mendidih. Kemudian masukkan ikan..tutup kejap,akhir sekali masukkan kangkung..biarkan kejap...kuah jangan banyak sangat.





RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...