Pages

Showing posts with label Italian. Show all posts
Showing posts with label Italian. Show all posts

Tuesday, October 10, 2017

GROUND BEEF SOFT TACOS


Kesukaan orang Italy atau Middle Eastern, masing-masing mempunyai cara tersendiri ini. Tacos ini biasanya keras dan ranggup macam keropok tetapi jika tak ada taco shell macam itu boleh aje gunakan taco shell yang lembut ini ataupun roti tortilla yang mini.

Sayur menggunakan ground beef atau daging kisar sebagai intinya.Untuk inti yang sama ini juga saya gunakan untuk nachos. Resipi ini sesuai buat sarapan dinner mahupun supper dan ground beef ini boleh disediakan lebin dan disimpan di dalam fridge




Ground Beef Soft Tacos

Yield: - lebih kurang 10 orang makan
Resipi Ground Beef yang selalu saya gunakan untuk tacos atau nachos Berempah dan spicy sedikit
  • 200 g  daging kisar
  • 1 bawang Bombay dicincang halus
  • 100 g lada hijau, merah dan kuning
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • 10 balutan tortila mini
  • 2 Sudu besar tomato puree
  • 1 Sudu kecil  serbuk jintan putih
  • 1 Sudu kecil   MAGGI® CukupRasa
  • 1/4 Sudu kecil    paprika
  • 2 helai daun bay
  • 1 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1/2 sudu kecil serbuk halia
Bahan Tabur
  • Salad dihiris
  • Timun dihiris nipis
  • Buah Zaiton
  • Tomato dipotong dadu


Cara Memasak
  1. Campurkan daging serbuk jinta putih serbuk halia serbuk bawang putih serbuk maggi pati kube serbuk paprika garam dan gula secukup.Gaul rata dan perap seketika 
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga lembut 
  3. Masukkan perapan daging kisar tadi dan daun salam
  4. Masak seketika kemudian masukkan tomato puree tomato cincang dan hirisan 3 warna cili
  5. Biar atas api sehingga agak kering dan angkat
Cara Menyediakannya
  1. Ambik sekeping tacos atau tortilla sapukan dengan mayo
  2. Masukkan daging yang dimasak tadi
  3. Taburkan salad timun tomato dan buah zaiton
  4. Letakkan lagi mayo dan cili sos makanya sudah sedia dimakan




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-


Monday, September 25, 2017

SPAGHETTI AGLIO OLIO SEAFOOD


Pasta ini terlajak mewah ha...ha bukan apa bahan seafood baki dari antai BBQ saya carry forward untuk keesokkan harinya. Saya pilih jalan mudah buat Aglio Olio yang tidak banyak kerenahnya, tumisan bawang putih aje, hendak sedap cuma sediakan cili flakes.




Spaghetti Aglio Olio Seafood

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Cara mudah menyediakan seafood pasta yang lazat dan cukup menyelerakan
  • 1 paket pasta spaghetti
  • 10 butir bawang putih   (dicincang) 
  • Emping cili (kisar cili kering) 
  • 10 butir udang segar (belah tanpa putus   untuk buang kekotor hitam) 
  • Minyak zaitun 
  • Garam secukup rasa
  • Baby tomato segar (dibelah dua setiap satu)
  • Keju parmesan parut
  • Daun parsli yang telah dihiris
  • 5 ekor udang size sederhana
  • 2  ekor ketam dibelah 2
  • 5 keping kupang


Cara Membuat :
 

  1. Rebus spaghetti terlebih dahulu sehingga teksturnya anjal. Mudah kata sudah lembut seperti mee.
  2. Panaskan minyak zaitun secukupnya di dalam kuali.
  3. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan.
  4. Masukkan udang ketam dan kupang yang telah siap dibersihkan dengan sedikit garam sebagai perasa. Masak sehingga sedikit garing.
  5. Akhir sekali masukkan spaghetti sedikit demi sedikit diselangi tomato kecil yang telah dibelah dua.
  6. Masak sehingga semuanya sebati.
  7. Angkat dan alihkan dari api.
  8. Jangan lupa taburkan emping cili, keju parmesan parut dengan hirisan daun parsli di atas hidangan perseorangan sebelum menjamu tetamu anda!



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

Tuesday, July 25, 2017

DELICIOUS CANNELONI BEEF


Sudah lama berhajat hendak membuat cannelloni ini cuma baru sekarang berkesempatan mencubanya. Susah juga hendak mendapatkan pasta shellnya tapi baru ni kebetulan berjumpa kawan di Pubika saya singgah Ben's Grocer so dapat la sekotak. Ini pertama kali saya mencubanya jadi terpaka google youtube. cara membuatnya.

Resipi saya guna resipi spaghetti dan lasagna saya kerana ia lebih kurang samanya dan rasanya juga lebih kurang sama. Sedap dan definitely in my favourite list

Saya sertakan di sini link untuk menyediakan cannelloni ini supaya at least kita can figure it out how to do and assemble nya


https://www.youtube.com/watch?v=kDoGZQvSbL8



Beef Canneloni


  • 8 tiub cannelloni
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu
  • 2 tangkai chop parsley
  • 500 g daging kisar
  • 1 Tbsp olive oil
  1. Tumis bawang besar hingga layu.
  2. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan
  3. Masukkan daun parsley kacau dan angkata
  4. Sejukan daging seketika kemudian masukkan ke dalam tiub dan ketepikan

Untuk Sosnya

  • 250 gm tomato puri
  • 250 gm sos tomato
  • 2 biji bawang besar | cincang
  • 2 ulas bawang putih | cincang
  • 2 biji tomato | hiris nipis (saya potong dadu)
  • 1 cawan air 
  • 1 senduk susu segar
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • Oregano atau Italian herbs
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
 
Cara-cara:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan tomato, tomato puri, sos tomato, air dan susu.Kacau hingga sekata.
  3. Masukkan oregano/ italian herbs dan stok daging lembu.(optional)
  4. Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
  5. Biar sehingga mendidih kemudian masak hingga api perlahan sehingga kuah menjadi pekat.


Untuk Sos Putih

  • 1⁄4 cup butter
  • 1⁄4 cup tepung gandum
  • 1⁄4 sudu kecil garam
  • 1⁄8 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 cup susu segar atau susu UHT - ada juga pakai krim masakan.
  1. Cairkan mentega didalam kuali
  2. Biar sehingga cair sepenuhnya
  3. Masukkan tepung. Hati-hati jangan hangus
  4. Kacau adunan tepung dalam butter yang cair tadi. Kacau rata.
  5. Masukkan susu dan kacau lagi sehingga rata.
  6. Kacau sehingga tak berbiji dan masak tepungnya. Tambah garam dan serbuk lada hitam. 

Cara untuk menyiapkan Cannelloni


  1. Panakan oven to 200°C.
  2. Dalam mangkok caserole letakkan separuh sos tomato tadi kemudian susun cannelloni diatasnya
  3. Curahkan baki sos tomato dan white sos
  4. Taburkan keju mozarella dan bakar selama 40-45 minit

    Notes


    RECIPE SOURCE:  PATYKITCHEN. BLOGSPOT.COM
    All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. 

    Thank  You.

    Tuesday, December 06, 2016

    FETTUCINE ALFERADO


    Pasta ringkas dan mudah untuk disediakan. Untuk resipi ini saya tidak menggunakan tepung sebagai mana lazim disediakan sebaliknya saya banyakkan cheese. Untuk memeriahkan sajian ini saya masukkan sedikit udang dan asparagus



    Fettucine Alferado
    • 1 paket fettuccine
    • 2oo g udang hidup dibersihkan
    • 5 batang asparagus dipotong 2' panjang
    • 1 sdt lada hitam ditumbuk halus
    • 1/2 cawan mentega
    • 2 cawan heavy cream atau susu segar
    • 2 cubit serbuk pala
    • 1 1/2 cawan freshly grated Parmigiano-Reggiano cheese


    1. Rebus fettucine dan tos
    2. Panaskan kuali dan masukkan 2 dsb butter , bila cair masukkan udang biar sehingga masak dan masukan asparagus
    3. Balik-balikkan dan angkat
    4. Perlahankan api dan masukkan baki mentega  tadi, bila mentega dah agak cair masukkan krim serbuk pala renehkan seketika
    5. Masukkan Parmigiano-Reggianom , fettucine dan udang dan asparagus tadi Gaul rata masukkan garam dan serbuk lada hitam. 
      Notes


      RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
      All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

      Sunday, September 25, 2016

      LASAGNA SOUP



      Namanya lasagna soup kerana bahan yang diguna kebanyakkannya adaah bahan membuat lagsana atau spaghetti. Soup ini banyak bermain dengan tomato. Bahan sampingan bergantung kepada selera masing-masing boleh masukkan kentang, carrot, capsicum, jagung dan apa saje yang kita suke, begitu juga dengan jenis pastanya, you can use any pasta, saya guna tie bow pasta saje nak cantik.

      Untuk lebih enak tabur parmesen cheese masa menghidang. Sedap makan bersama nasi, baguette atau hirup begitu aje


      Lasagna Soup

      Ingredients
      • 300 g isi ayam diptng dadu
      • 1 biji cili bengla hijau dipotong dadu
      • 3 biji kentang diptng dadu
      • 3 biji tomato dipotong dadu
      • 2 biji bawang besar dipotong dadu
      • 3 ulas bawang putih dicincang halus
      • 1 botol kecil sos prego atau kimball
      • 2 sdt Italian seasoning saya guna campuran thyme dan oregano
      • 1/4 sdt pepper
      • 2-1/2 cawan pasta
      • 1/2 cawan shredded Parmesan cheese
      • 2 sdb minyak zaiton
      • 2 helai daun bay



      Directions

      1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
      2. Masukkan daun bay dan ayam biar seketika sehingga ayam agak empuk
      3. Masukkan kentang, tomato yang didadu dan sos prego gaul rata dan masukkan 2-3 cawan air
      4. Biar atas api sehingga semua bahan agak empuk, tambah air jika perlu
      5. Masukkan garam dan italian seasoning dan cili bengla
      6. Akhir sekali masukkan pasta yang direbus
      7. Biar seketika dan padamkan api
      8. Taburkan cheese semasa menghidang

        Notes


        RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
        All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

        Monday, September 19, 2016

        SHRIMP SPAGHETTI AGLIO OLIO


        Kadang kala kita memerlukan sesuatu yang ringkas jimat dan menyenangkan. This is the dish..all you need are spaghetti minyak zaiton dan bawang putih aje. Kebetulan di rumah saya ada sedikit udang hidup makanya saya masukkan sedikit. Walaupun simple menu ini cukup mengenyangkan dan sedap. Biasanya spaghetti ini dihidang bersama cili flakes.


        Spaghetti Aglio Olio

        • 1 paket spaghetti
        • 200  gm udang
        • 3 cili kering - potong halus
        • 3 ulas bawang putih - dadukan
        • daun parsli - cincang halus
        • sedikit minyak zaitun
        • garam secukup rasa
        • serbuk oregano
        • sedikit serbuk lada putih


        1. Didihkan air, masukkan garam dan minyak. Kemudian rebus spagheti hingga lembut, toskan
        2. Kuali lain, panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga naik bau.
        3. Kemudian masukkan udang  masak hingga udang berubah warna
        4. masukkan cili kering dan sedikit chili flakes.. ikut la nk pedas mana.. Nak pedas letak lebih..
        5. Renjiskan serbuk oregano, serbuk lada hitam dan sedikit lada sulah. Perasakan dengan garam
        6. Masukkan spagheti dan gaul rata.

          Notes

          RECIPE SOURCE:  Patyskitchen.blogspot.com
          All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank  You.

          You Might Also Like These

          Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...