Pages

Monday, January 01, 2018

SAGO GULA MELAKA


Dessert ini tidak perlu pengenalan diri, cukup popular dikalangan masyarakat Malaysia sehingga 5 star hotel pati menyediakanya sebagai buffet dessert. Paling popular masa Ramadan Buffet pergi la mana baik Bazaar Ramadan mahu pun Ramadan Buffet dari 1 star hingga 5 star wajib ada. Mudah menyediakan dan cukup sedap sebagai penyejuk tekak. Bahanya mudah 3 bahan aje sago santan dan sirap gula Melaka.

Sedap dan menjadi pilihan jika cuaca panas. Bertambah sedap jika di chillkan dahulu



Sago Gula Melaka

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Dessert favourite boleh dikatakan kegemaran masyarakat Malaysia sago dimosok don dimokon bersama santan pekat dan sirap gula Melaka
Bahan-bahan
  • 200 gram biji sago rumbia
  • 300 ml santan pekat campur sedikit garam dan kacau rata
  • 60 gram gula Melaka ~ potong kecil*
  • 100 gram gula pasir*
  • 3/4 cawan air*
  • 1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)

Kaedah Penyediaan
  1. Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih).
  2. Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago.
  3. Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda atau bekas kaca yang kecil.
  4. Isi penuh-penuh ( jika dalam acuan) jika dalam bekas kaca letak 1/2 bekas , buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).
  5. Sementara kita tunggu sagu kita kental kita sediakan air gula
  6. Satukan gula Melaka, gula pasir, air, daun pandan, ita tambah secubit garam dan sedikit gula timbang supaya warna gula melaka ita sedikit hitam.
  7. Masak hingga gula larut
  8. Tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung bersama sedikit air jika inginkan kuah gula kita sedikit pekat.
  9. Masak hingga pekat dan sejukkan
  10. Untuk santan tu ita masak sekejap dengan garam dan daun pandan. Kalau tak nak masak pun tak apa. campur dengan garam dah boleh sediakan
  11. Bila sago dah sejuk dan kental,
  12. Keluarkan dari acuan (longgarkan tepinya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

1 comment:

almthalia said...


شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...