Pages

Wednesday, November 15, 2017

SOTONG GORENG KUNYIT


Masakan harian yang mudah dan ringkas. Sotong Kunyit ini adalah ispirasi dari ayam kunyit masakan Thai yang popular. Untuk memasak hidangan sotong yang sederhana sizenya cukup sesuai dipotong bulat. 

Saya masukan cili padi yang diketuk supaya ia ada rasa pedas-pedas sesuai dengan selera saya yang sukakan pedas



Sotong Goreng Kunyit

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Goreng sotong ala ayam kunyit yang ringkas dan sedap
  • 3 ekor sotong - sederhana besar
  • 1 biji bawang besar - dipotong nipis membulat
  • 2 biji bawang putih - dihiris nipis
  • 10 biji cili padi - diketuk
  • 7 batang kacang panjang dipotong 2" panjang
  • 2 biji cili merah dihiris menyerong
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu besar kicap lemak manis JALEN
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh lada hitam - ditumbuk kasar
  • 1/2 kiub pati ayam
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis


Cara Membuatnya :
  1. Bersihkan sotong, buangkan kulitnya, dakwat serta mulut & matanya, kemudian potong kecil2 membulat, bersih & toskan.
  2. Sediakan sotong dengan gaulkan bersama garam & kunyit, perap & ketepikan sebentar.
  3. Sediakan bahan-bahan lain nya.
  4. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 sudu besar), masukan sotong yang telah diperapkan tadi, kacaukan sebentar.
  5. Masukan bawang besar, bawang putih, cili padi, cili merah dan kacang panjang gaul ratakan dengan sotong sehingga layu sedikit.
  6. Kemudian masukkan sos tiram, kiub pati ayam, lada hitam, kacau sebatikan.
  7. Tuangkan sedikit air & masukkan juga kicap lemak manis. Kacau & biarkan mendidih sebentar sehingga kuahnya agak pekat.
  8. Matikan api & bolehlah dihidangkan.





RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN. BLOGSPOT.COM
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...