Saturday, March 07, 2015

EASY CHICKEN TERIYAKI


Menu Jepun yang menjadi kegemaran saya selain dari tempura ialah Teriyaki, tidak kira ayam atau daging ia tetap menjadi pilihan. Membuatnya cukup mudah sekali ayam diperap bersama sos teriyaki dan kemudianya digrill sehingga masak. Sos teriyaki boleh dibeli yang siap atau dibuat sendiri. Saya lebih senang membuat sendiri kerana salah satu bahan untuk teriyaki adalah "sake" sejenis alchohol jepun..jadi agak was-was..so better make your own and omit the "sake"

Sedap makan dengan nasi panas dan sayuran.



Easy Chicken Teriyaki



  • 2 - 3 ketul dada ayam
  • 4 sdb kicap cair
  • 4 sdb mirin - cuka beras jepun
  • 2 sdb gula
  • 2 sdb air
  • 1 sdb halia parut
  • 2 sdb minyak
  • 1 sdt bijan panggang


  1. Satukan semua bahan dan perap ayam seketika
  2. Panaskan minyak dan grill ayam sehingga masak.
  3. Curahkan sos tadi dan renehkan bersama ayam sehingga sos agak pekat
  4. Angkat ayam dan curah sos, tabur bijan panggang

Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

1 comment:

Asma Mastura said...

CUKA BERAS JEPUN MIRIN HALAL ke....

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...