Wednesday, March 18, 2015

VEGETABLES AND SHRIMPS TEMPURA


Rasanya tempura adalah satu-atunya makanan Jepun yang boleh dimakan tanpa was-was. Bahan-bahan yang digunakan ada segar malah bancuhan tepungnya juga tidak mengandungi alkohol. Saya paling suka menu ini..sungguh mengasyikkan. Bahan-bahan yang hendak digunakan tidak terhad..boleh guna apa jenis sayuran dan makanan laut. Paling digemari ialah udang atau pun sotong.

Tempura ini sedap dimakan bersama sosnya tetapi saya jarang memasak tempura ini jadi saya cuma siapkan kicap cair bersama hirisan cili padi. Itupun sudah cukup mantop. Boleh dihidangkan bersama nasi dan sedap dimakan panas-panas


Vegetables N Shrimps Tempura
  • 1 biji terung dihiris bulat
  • 1 biji keledek dihiris bulat
  • 1/2 batang carrot dihiris empat segi
  • 1/2 cawan bunga kobi dihiris ikut bunga
  • 1/2 cawan brokoli dihiris ikut bunga
  • 3 biji cili hijau
  • 100 g cendawan 
  • 200 g udang atau sotong dibersihkan
  • Minyak secukupnya untuk menggoreng

Untuk Tepungnya
  • 200 g tepung gandum
  • 30 g tepung jagung
  • 300 ml air sejuk dari peti sejuk
  • 1 biji telur
  • garam secukup rasa

Cara Menyediakannya
  1. Satukan semua bahan sehingga menjadi batter seperti membuat goreng pisang.
  2. Batter tidak terlalu cair mahupun terlalu pekat
  3. Panaskan minyak untuk menggoreng cara deep fry
  4. Ambil bahan sayuran dan celup pada batter, perlahan-lahan masukkan ke dalam kuali dan goreng sehingga kekuningan.
  5. Angkat dan toskan siap dihidang.


Recipe Source :- PATYSKITCHEN

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...