Tuesday, March 24, 2015

PRINCE WILLIAM CHOCOLATE CAKE / KEK BATIK


Kek Batik nama diberi oleh orang Malaysia tapi di Europe kek ini dinamakan sempena nama Prince William kerana kek biskut ini adalah kegemaran Price William dan kek ini merupakan hajatnya sempena majlis perkahwinannya...

Wow siap Chef Khas menyediakanya. Obviously di Europe cara membuatnya agak berbeza sedikit dengan di Malaysia, di sana bahan utamanya ialah chocolate yang dicairkan. Di sini kita membuatnya persis membuat kastad..milo, susu pekat dan telur dan kacau atas api kecil sehingga menjadi kastad

Untuk entry saya yang ini, saya gabungkan kedua-dua method, saya gunakan kastad untuk keknya dan chocolate cair saya guna sebagai "coating" jadi kek nampak cantik sedikit. Untuk mendapat kek sebesar 9" saya gandakan adunannya. Adunan asal agak kecil dan memadai untuk loaf pan.

Kek ini ternyata sedap, harum bau milo, ranggup biskutnya dan chocolatey dari gabungan milo dan susu pekat. Nyata merupkan satu pencuci mulut yang hebat.


Kek Batik

  • 1 paket biskut marie
  • 200 g Milo
  • 1 tin susu pekat
  • 150 g butter
  • 4 biji telur


  1. Pukul  Telur, kocok-kocokkan.
  2. Satukan milo, telur, susu cair
  3. Masak atas api kecil sehingga pekat seperti kastad
  4. Masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.
  5. Guna loyang loaf pan alas dengan parchment paper.
  6. Tuang adunan kastad lebih kurang 1 cawan dan susun biskut tuang lagi 1 cawan kastad dan susun biskut.
  7. Ulangi proses sehingga habis.
  8. Masukkan dalam peti sejuk dan sejukkan sebaiknya semalaman jika tidak 4 jam memadai.
  9. Keluarkan dan potong.


Recipe Source :-  Kongsiresipi.

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

1 comment:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...