Monday, March 30, 2015

GENDANG KASTURI/ KUIH KACANG HIJAU


Sajian petang minggu semalam, Gendang Kasturi..ha,..ha.. kenape gendang? kenape kasturi?..masayallah jangan tanya saya,  puas memikir jawapannya tapi masih belum ketemu. Nama ini popular di sebelah selatan tanah air, di utara kuih ini dipanggil kuih kacang aje bersesuaian dengan bahannya kacang hijau.

Saya kalau merangcang membuat kuih ini biasanya keesokkan harinya menunya mesti bubur kacang..ha...ha nak save..anyway kuih ini memang sedap, lemak kelapa dan gula merah. Sesuai buat sarapan dan minum petang.


Gendang Kasturi

Bahan utk Inti:
  • 1 1/2 cawan kacang hijau (rendam beberapa jam sebelum direbus)
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 biji kelapa parut muda (ambil yg putih saje)
  • Air secukupnya untuk merebus
Bahan utk Tepung Salutan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1/2 sudu kecil air kapur
  • air secukupnya
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
  Cara-cara:
1. Untuk membuat intinya, rebus kacang hijau sehingga pecah/lembut dan kering airnya (jgn sampai hangus ya).
2. Campurkan kacang hijau tadi bersama kelapa parut, gula pasir dan gula merah. Gaul hingga rata dan sejukkan.
3. Ambil adunan inti tersebut sedikit dan bentukkan bulat dan leperkan sedikit. Buat sampai habis.
4. Bancuh adunan tepung utk disalut kepada adunan inti tersebut.
5. Panaskan minyak, celupkan adunan inti kedalam adunan tepung tadi dan goreng lah seperti biasa hingga keperangan. Angkat dan tos kan atas paper towel.

6. Hidang untuk minum petang atau pun sarapan pagi.



Recipe Source :- Kongsiresipi

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...