Monday, March 30, 2015

ROTI KIRAI KARI AYAM


Roti Kirai atau roti jala boleh dikatakan menu favourite bagi apa jenis majlis. Sedap dihidang bersama kari. Bahan yang mudah tapi mungkin menjadi masalah jika tidak pandai mengirainya, tapi apa pun jika kerap membuatnya pasti akan menjadi cantik. Paling penting ialah adunan tepungnya harus lincin dan tidak terlalu pekat.



Roti Kirai

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 1/2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)

Cara-cara

  1. Blendkan semua bahan di atas hingga sebati.
  2. Kalau nak tahu adunan dah boleh jala ke belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.
  3. Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.
  4. Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kari ayam. 


Recipe Source :- Kongsiresipi

@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...