Friday, September 04, 2015

KAMBING MASAK BRIYANI


Kambing kalau dimasak briyani memang hebat tapi sayang saya memang tidak boleh makan banyak disebabkan penyakit darah tinggi. Untuk resipi ini saya gunakan rempah briyani dari Muar..ha..ha..orang Muar memang pandai masak briyani, jika tiada rempah briyani apa pun boleh digunakan.

Untuk melemakkan kuah saya masukkan 50 g badam kisar dan untuk pedasnya saya masukkan cili ijo kisar. Jika suka untuk resipi yang sama boleh juga masukkan kentang atau telur rebus.


Kambing Masak Briyani

  • 600 daging kambing yang dipotong
  • 1 camca besar bawang goreng
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1/2 cawan susu sejat
  • 1 biji limau nipis
  • 1 biji bawang besar, hiris
  • 1/2 senduk besar penuh rempah briyani 
  • 2 camca besar gula melaka
  • 2 camca besar penuh kerisik
  • 2 sdb tomato puree
  • Garam secukup rasa
  • 2 camca besar minyak sapi
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun ketumbar, untuk hiasan
  • Sedikit bawang goreng untuk hiasan


BAHAN-BAHAN KISAR HALUS
  • 9 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 biji tomato yang masak ranum
  • 3 biji cili hijau
  • 50 g badam dicelur dan buang kulitnya


BAHAN-BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA 
  1. Daging kambing dicuci, kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung gandum hingga rata dan perap 20 minit, cuci kembali hingga bersih dan toskan. 
  2. Sementara itu bancuh rempah briyani dengan bahan2 kisar halus dan kacau hingga menjadi pes rempah. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak dala periuk (anggaran 1/3 cawan), masukkan minyak sapi dan biar cair. Tumis bawang besar hiris hingga layu, masukkan bahan2 tumis dan masak hingga harum. Tambah pes rempah, kacau dan masak hingga naik minyak. Masukkan daging kambing, daun ketumbar dan bawang goreng, gaul rata dan masak hingga daging kecut.
  4. Tuang air secukupnya hingga daging tenggelam. Kacau rata dan biar mendidih, kemudian sederhanakan api. Masak hingga daging kambing empuk, tambah air panas jika kuah kering dan daging masih belum empuk.
  5. Masukkan kerisik  Perah limau nipis dalam susu sejat, kacau rata masukkan ke dalam kurma, kacau dan masak hingga kentang empuk. Tambah gula melaka, perasakan dengan garam secukupnya dan akhir sekali tambah cili merah dan cili hijau. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hias dengan hirisan daun ketumbar dan bawang goreng. Boleh dihidangkan bersama nasi berperisa atau nasi putih..



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...