Saturday, June 20, 2015

AYAM MASAK KICAP BERKENTANG


Ayam Masak Kicap ini cukup sesuai bagi yang alah lauk-lauk pedas dibulan puasa ini malah lauk sebegini boleh menjadi pemikat bagi anak-anak yang liat dan susah bangun bersahor. Untuk menambahkan kelazatan lauk ini saya tumiskan sedikit rempah korma dan mempelbagaikan sosnya.

Tomato, bawang besar dan kacang peas merwarnakan lagi masakkan ini. Kepekatan kuah bergantung kepada selera masing-masing. Sebaik-baiknya lauk ini sesuai dengan kepekatan sederhana, tapi boleh tambah air dan adjust sos jika suka berkuah.




Ayam Kicap Berkentang
Bahan bahan:
  • 1 ekor aam potong  gaul garam kunyit dan goreng
  • 2 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 1 biji tomato dihiris bulat
  • 1/2 cawan kacang peas
  • 2 sdb rempah korma
  • 2 sdb cili pes
  • 1 1/2 cawan air atau stok ayam
  • Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga

Bahan sos:
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sos tomato
  • Sos tiram


Bahan bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis. Masukkan cili pes dan serbuk korma bersama bahan-bahan kisar tumis hingga wangi.

Masukkan air stok kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. 

Setelah mendidih,  masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika masukkan tomato dan bawang besar

Sebelum dihidangkan, taburkan kacang peas.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...