Sunday, June 14, 2015

IFTAR TREATS - NIGERIAN PUFF PUFF


Sekali pandang macam kuih kodok tapi bukan. Ini adalah Nigerian favourite yang dipanggil PUFF PUFF. Kuih ini memang terkenal di bumi Afrika...dan terdapat banyak namanya. Kalau di Ghana ia dipanggil  Bofrot (togbei) , Cameroonians and Nigerians memanggilnya Puff-. 

Kuih ini ranggup di luar tetapi lembut di dalam. Rasanya seakan - akan donut. Untuk menghidangkanya bolehlah ditaburkan dengan sedikit gula ising.

Sesuai diadikan sajian berbuka, sarapan pagi mahupun minum petang.





Puff-Puff



Recipe type: Breakfast
Cuisine: African
Ingredients

• 2 cawan air suam
• 2¼ sdt yeast 
• 3½ cawan tepung
• ½- 3/4 cawan gula
• ½ sdt garam
sedikit serbuk pala
• Minyak secukupnya untuk menggoreng
nstructions
  1. Satukan gula, garam air dan yeat. rehatkan 5 minit
  2. Masukkan tepung.
  3. Gaul rata dan rehatkan doh selama 1- 2 jam
  4. Panakan minyak dan jemput-jemputkan doh seperti membuat kuih kodok.
  5. Balik-balikkan dan goreng sehingga kekuningan
  6. Angkat dan toskan minyaknya.
  7. Boleh ditapiskan gula ising di atas jika suka






PATYSKITCHEN@PATYSKITCHEN, all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in yotur own words, or simply link back to this post for the recipe. Thank You

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...