Thursday, June 18, 2015

IFTAR TREATS - VIETNAMESE STEAM RICE CAKE / BAHN BEO


Kuih beras ini ada ceritanya. Di Vietnam kuih ini dikukus dalam piring kecil...seakan piring meletak sos nasi ayam. Oleh kerana saya tidak mempunyai piring kecil itu sebanyak yang hendak dikukus saya cuma menggunakan acuan muffin kecil. Biasanya semasa menghidang kuih ini tetamu akan berebut memakanya dan bekas piring akan disusun setinggi mungkin.

Kuih ini dari satu sudut lain pula lebih kurang macam kuih talam berlauk kita. Bahan asas adalah tepung beras yang dikukus nipis. Udang direbus, kemudian dihancurkan dan digoreng. Roti putih di potong dadu kecil dan digoreng menjadi seperti crouton taburan pada salad. Hirisan daun bawang pula dibuat taburan di atas.

Sedap kuih ini dan boleh dijadikan menu sarapan atau minum petang. Saya telah membuat beberapa olahan pada resipi ini mengikut kesesuai kerana saya baru pertama kali mencuba dan adunan yang saya buat tidak banyak jadi rasanya tidak berbaloi untuk berbelanja mengikut resipi asal..jadi saya banyak membuat shortcut...tetapi untuk resipinya saya letakkan resipi asal....

SELAMAT MENCUBA


 Steam Rice Cake / Bahn Beo

1 cawan teapung beras
1 sdb tepung ubi
2 cawan air suam
1/2  sdt garam
1 sdt minyak

For Bánh Bèo Toppings
  • 1/2 kilo udang
  • 3 keping roti dipotong dadu dan digoreng kekuningan
  • 1 genggam daun bawang dihiris nipis
  • sedikit bawang goreng

Preparing Bánh Bèo Batter

  1. Satukan semua bahan.
  2. Tapis dan kukus dalam piring kecil
  3. Kukus selama 15-20 minit.
  4. Sejukkan.

Preparing the topping
  1. Udang direbus dan buang kulit
  2. Goreng udang sehingga kekuningan kemudian dicarik-carikkan
  3. Roti dipotong dadu dan digoreng kekuningan angkat
  4. Taburkan semua bahan ini atas kuih dan jika suka boleh diletakkan sedikit bawang goreng dan dihidang


RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...