Tuesday, June 23, 2015

IFTAR TREAT - CARAMEL BREAD BUTTER PUDDING


Dibulan puasa ni..manisan adalah wajib buat berbuka dan selalunya kita memilih resipi yang ringkas dan mudah. Bread butter pudding selalu menjadi pilihan bukan kerana ianya sedap tepi bajetnya juga bersesuaian. Untuk resipi kali ini saya mengguna reja-reja roti dari sandwich, sayang dan guilty jika membuang begitu sahaja jadi saya siapkan pudding roti ini. Menggunakan resipi yang mudah dan senang diingat.

Untuk menambahkan kelazatan pada pudding ini saya siapkan salted karamel...memang kombinasi yang sesuai.





Salted Caramel Bread Pudding

Untuk Bread Pudding

  • 4 cawan reja-reja roti
  • 3/4 cawan gula perang
  • 2 cawan susu suam
  • 3 biji telur
  • 1/2 sdt serbuk kayu manis
  • 1 sdt esen vanilla
  1. Satukan susu suam telur yang dikocok, gula, serbuk kayu manis dan esen vanilla
  2. Kacau rata dan curah pada roti
  3. Rendamkan supaya semua bahan meresap penuh
  4. Tuang dalam dulang pembakar
  5. Tabur mentega dan bakar pada suhu 180 c selama 30 minit
  6. Angkat dan sejukkan
Untuk Salted Caramel


  • 1/2 cawan krim
  • 1 sdt garam
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 sdt besar corn syrup
  • 1/4 cawan air
  1. Satukan garam dan krim
  2. Dalam periuk cairkan gula pasir bersama air sehingga gula bertukar keperangan
  3. Masukkan krim dan cornsyrup sambil dikacau
  4. Akhir sekali masukkan mentega kacau supaya lincin



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...