Sunday, June 21, 2015

NORTH INDIA EASY CHICKEN MUGHLAI / AYAM MASAK MUGHLAI


Resipi terkenal dizaman dinasti Mughul, India Utara dan juga sempadan Pakistan. Resipi seakan korma tapi cara penyediaannya agak berbeza sedikit, Ayam diperap bersama gajus atau badam kisar beberapa jam sebelum masak. Bahan-bahan rempahnya pula ialah ketumbar, garam masala dan serbuk cili. Yogurt digunakan sebagai ganti santan atau krim.

Menu ini sedap dimakan bersama nasi, capati ataupun roti Naan.


Chicken Mughlai

  • 1 ekor ayam dipotong 10
  • 3 biji kentang belah 4
  • 1 biji tomato di belah 4
  • 3 tangkai daun ketumbar dibelah 3
  • 100 g badam dicelur dan dimesin halus
  • 5 biji cili hijau dimesin halus
  • 1 cawan yogurt/tairu
  • 3 sdb minyak masak
  • 1 sdb kas2
  • 3 cawan air
  • 2 sdb jus limau

Bahan Tumis
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 bunga laang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji cengkih
  • 3 daun bay
  • 1 biji bawang besar dimayang nipis

Bahan blend/rempah
  • 3 sdb serbuk ketumbar
  • 1 sdb garam masala
  • 1 sdb serbuk cili
  • 1 sdt serbuk kunyit
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2” halia

 Blend dan gaul semua bahan sehingga menjadi pes basah

Cara Menyediakannya

  1. Perap ayam dengan badan mesin dan cili hijau mesin, lebih kurang 1 jam
  2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar, dan rempah tumis sehingga layu. Masukkan bahan blend sehingga naik minyak.
  3. Masukkan kas2, daun bay dan kacau sehingga naik baunya.
  4. Masukkan ayam, kentang dan air. Tutup periuk dan biarkan sehingga ayam empuk.
  5. Masukkan yogurt, jus limau dan hirisan daun ketumbar.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Masukkan belahan tomato , tutup api.




RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...