Sunday, June 21, 2015

IFTAR TREAT - MALAYSIAN FAVOURITE SWEET CORN PUDDING / PUDDING JAGUNG BERKUAH



Tak salah kalau saya katakan pudding jagung ini merupakan manisan favourite kita di bulan Ramadan ini. Boleh dikatakan pudding ini selalu menjelma di bulan Ramadan....bukan kerana ianya sedap dan menyejukkan tekak malah membuatnya juga cukup mudah dengan bahan yang mudah dapat. Pudding ini boleh dimakan begitu aje atau dipelbagaikan dengan meletakkan buah koktail dalam tin serta sos kastard.

Jika inginkan pudding yang boleh dipotong, bolehlah dikurangkan airnya. Resipi dibawah ini adalah versi lembut yang sesuai disediakan dalam mangkok pudding.





Pudding Jagung Berkuah

Bahan-bahan  
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair

 Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Tambahkan satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat.
  4. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Untuk Kuah Kastad

  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur dipukul
  • 1 sdb tepung custard


Satukan semua bahan dan kacau atas api sehingga pekat.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...