Friday, June 19, 2015

TENGGIRI GORENG SAMBAL DABU-DABU


Bermula Ramadan tahun ini dengan menu yang cukup simple. Sayur bening bayam bersama jagung dengan Tenggiri goreng Dabu-dabu....ha..ha..tak pernah dengar?...hmmm..masakan seberang terutama di bumi Manado Indonesia. Sambal dabu-dabu ini memang top di sana. Biasanya menjadi pendaping bagi ikan bakar atau ikan goreng. Membuatnya cukup simple..cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato dihiris nipis digaul bersama jus asam limau..itu aje..dan jika suka boleh dimasukkan edikit minyak goreng panas tapi ini optional. Saya suka dengan minyak goreng panas lagi sedap.

Jumlah cili yang digunakan dalam sambal ini bergantung pada selera masing-masing, inginkan peda boleh banyakkan cili. 


Tenggiri Goreng Sambal Dabu-Dabu

Untuk ikannya
3 - 4 potong ikan tenggiri digaul garm kunyit dan goreng

Untuk Sambalnya
  • 11 biji cili merah dihiris
  • 5 biji cili hijau dihiris
  • 15 biji cili padi dihiris
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 6 siung bawang merah
  • 2 biji tomato dihiris dadu
  • 2 sdb jus limau nipis
  • 2 sdb minyak masak panas
  • garam dan perasa secukupnya


Cara Membuat Sambal Dabu-Dabu :

  1. Campur irisan bahan-bahan tadi dengan garam dan air limau nipis, gaul hingga rata.
  2. Siram dengan minyak goreng panas.
  3. Hidangkan sambal sebagai pendamping ikan goreng tadi.



RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...