Pages

Wednesday, October 25, 2017

BERGEDIL TAUHU SEDAP


Ini menu orang seberang yang kerap dilihat di wall FB saya makanya aku jadi penasaran untuk mengetahui rasa dan kehebatannya. Makanya di google resipinya terus buat. Sedap tahu ini memakannya ibarat memakan begedil dalam tauhu sebabnya kentang lecek bersama daging disumbat dalam  tauhu ini dan digoreng cara begedil.

Begedil tahu ini sedap dimakan bersama sos, apa-apa sos pun sedap



Tauhu Begedil

Yield: - lebih kurang 5 orang makan
Tahu berinti begedil dimakan bersama sos hitam boleh dijadikan hidangan petang ataupun sebagai lauk

  • Tauhu kering yang selalu digunakan untuk tauhu bakar.
  • 4 – 5 biji kentang Holland (tekstur kentang Holland lebih halus dan mudah dilenyek)
  • 1/2 cawan sayur campuran atau isi ayam (boleh campur kedua-duanya sekali)
  • 2 – 3 ulas bawang putih
  • 1 cawan air
  • 2 – 3 biji telur
  • Lada sulah (secukup rasa)
  • Garam (secukup rasa)

Cara Buat Tauhu Begedil:

  1. Rebus kentang yang telah siap dikupas dan dibersihkan. Potong kecil agar memudahkan proses melenyek kemudian.
  2. Tumis bawang putih bersama bawang merah dan masukan isi ayam yang telah siap direbus dan dicarik atau boleh juga guna daging cincang jika mahu. (Jika suka sayur boleh masukan hirisan lobak). Siap dan letak ditepi.
  3. Toskan kentang rebus, lenyek dan gaul bersama lada sulah dna secubit garam.
  4. Campurkan kedua-dua campuran kentang dan sayur goreng tadi bersama hingga serasi.
  5. Gunakan pisau tajam untuk memotong sedikit bahagian tepi tauhu (boleh juga lubangkan bahagian tengah tauhu) sebelum menyumbatnya dengan inti. Pastikan inti tidak terlalu penuh kerana takut ianya terkeluar membuak sewaktu menggoreng.
  6. Pecahkan telur, pukul bersama sedikit garam dan lada untuk perasa.
  7. Celup dansalutkan satu persatu tauhu begedil yang siap dibubuh inti, gorengnya dengan minyak penuh sehingga garing.

Bahan Sos Hitam Manis Pedas:


  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka atau gula merah
  • Bijan (disangai)
  • Gula biasa (kalau kurang manis)
  • Garam (secukup rasa)
  • Sedikit belacan
  • 300ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa

Cara Buat Sos Hitam Manis (Pedas)


  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
  2. Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  3. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
  4. Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  5. Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
  6. Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.


Bahan Sos Hitam Manis Biasa:


  • 2 sudu besar taucu
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 4-5 sudu besar gula
  • 2-3 cawan air
Cara Buat Sos Hitam Manis:

1. Campurkan semua bahan dan dikisar bersama.

2. Pastikan dikisar halus dan masakkan atas api sehingga mendidih.




RECIPE SOURCE:  FB - Zurie Othman
All images & content are copyright protected. Please do not use our images without prior permission. If you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe.


Thank  You.-

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...