Wednesday, July 23, 2014

MURTABAK DAGING


Saya hanya menyediakan intinya. Kulit murtabak saya gunakan doh roti canai cap "kawan"...ha..ha.. sudah tidak payah renyah-renyah...satu bungkus boleh dapat 5 keping mini murtabak ini. Mudah..ringkas dan boleh buat bila-bila masa ae. Murtabak ini sedap dimakan bersama jeruk bawang.


Murtabak Daging


Kulit
Roti Pratha - Kawan

Intinya

  • 300 g daging cincang
  • 3 biji bawang besar dicincang dadu
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1" halia*
  • 3 sdb rempah briyani
  • 3 sdb minyak masak
  • 4-5 biji telur ayam
  • garam, gula dan perisa secukup rasa


Cara Menyediakkannya


  1. Tumbuk bahan bertanda* sehingga halus
  2. Masukkan rempah briyani, daging cincang dan bahan blend. Gaul rata dan perap seketika
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu
  4. Masukkan daging yang diperap tadi.
  5. Masukkan garam, gula dan perisa biarkan diatas api sehingga daging masak.
  6. Angkat dan sejukkan dulu.
  7. Pukul telur dan gaulkan daging yang dimasak tadi.a
  8. Bahagi kepada beberapa bahagian dan masak.
  9. Balutkan inti dengan dough pratha dan goreng seperti menggoreng roti canai.

RECIPE SOURCE:  PATYSKITCHEN

all images & content are copyright protected. please do not use our images without prior permission. if you want to republish this recipe, please re-write the recipe in your own words, or simply link back to this post for the recipe. thank you. 



No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...