Tuesday, July 01, 2014

TELUR BERLADO


Telur Berlado ini merupakn menu Nasi Padang yang cukup popular. Jika berkunjung ke mana-mana restoran Nasi Padang menu ini pasti ada. Terdapat dua cara menyediakannya..pertam cili dan bawang digoreng dahulu kemudian ditumbuk dan digaul dengan telur rebus yang digoreng dahulu. 

Cara kedua ialah blend semua bahan dan tumis sehingga naik minyak. Saya lebih suka menggunakan cara kedua dan lebih suka inya pedas sedikit jadi dalam resipi ini saya masukkan sedikit cili padi. Lauk ini cukup sesuai jika digandingkan dengan sup mahupun masak lomak.


Telur Berlado

  • 5-7 biji telur ayam direbus
  • 10 biji cili merah
  • 7 bii cili padi
  • 2 biji bawang besar
  • garam dan kube ayam secukupnya
  • 5 sdb minyak masak


Cara Membuatnya


  1. Telur rebus digoreng dan angkat
  2. Blend cili merah, cili padi dan bawang besar diblend kasar
  3. Panaskan minyak dan tumis bahan blend sehingga naik minyak
  4. Masukkan garam dan kube ayam secukup rasa
  5. Masukkan telur rebus yang digoreng tadi biar telur bersalut
  6. Angkat dan hidang

Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN


No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...