Tuesday, July 08, 2014

KENTANG GORENG TEMPE


Masih ada baki tempe dari sambal jawa tempuh hari dan kebetulan tidak puas makan sambal jawa..saya goreng tempe dan kentang ini versi sambal jawa tapi lebih simple dengan hanya menggunakan tempe dan kentang. Bagi yang sukakkan lauk yang kering resipi ini cukup sesuai...dan sedap meratah.

Kentang Goreng Tempe

  • 2 biji kentang dipotong panjang dan digoreng
  • 2 tempe dihiris nipis dan digoreng garam kunyit
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis
  • 7 biji cili padi diketuk
  • 3 sdb minyak masak
  • 1 sdb sos tiram
  • 1 sdb kicap manis
  • garam dan gula secukup rasa


Bahan Untuk diblend

  • 15 biji cili kering
  • 3 ulas bawwang putih
  • 1 biji bawang besar


Blend semua bahan sehingga menjadi pes

Cara Membuatnya


  1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu.
  2. Masukkan bahan blend, cili padi dan tumis sehingga kering.
  3. Masukksn sos tiram, kicap, garam dan gula secukup rasa
  4. Akhir sekali masukkan tempe dan kentang yang digoreng dahulu


Notes
Adapted from - PATYSKITCHEN

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...