Wednesday, July 09, 2014

ROTI BOYAN - SINGAPORE


Saya banyak melihat kekawan mencuba roti ini, rata-rata menyatakan ianya sedap....jadi saya terpanggil untuk mencuba. 

Bahan yang digunakan juga mudah..cara penyediaan juga simple. Kebetulan saya ada membuat Nampak Nasi Lemak untuk tempahan "morei" jadi saya gunakan sambal ikan bilis untuk makan bersama roti ini. Roti ini popular di Singapore.




Roti Boyan Singapura
Bahan2 Kulit
  • 500 gm tepong gandum
  • 200 ml + 2 tbsp  air suam
  • 50 ml minyak masak
  • ½ tspn baking powder
  • ½  tspn gula
  • ¼ tspn garam


Bahan2 Inti 

  • 400 gm/3 biji kentang ~ dicuci bersih, rebus & buang kulit 
  • 4 biji telur ~ direbus & buang kulit 
  • 1 gengam/1 pokok daun sup ~ cuci bersih & hiris halus
  • ½ biji bawang besar ~ potong dadu
  • 1 tspn lada sulah
  • garam secukup rasa

  
Bahan Tambahan
Minyak masak untuk menggoreng roti
Sambal tumis untuk dicicah dengan roti
  
Cara2 menyediakan

1. Telur rebus & kentang yang telah direbus dibuang kulit & dilecek hingga halus/separa halus.  Gaul rata bersama bahan2 inti yang lain sehingga rata & secukup rasa.  Ketepikan sebentar.
2. Ayak tepong bersama baking powder & letakkan dalam satu bekas menguli.  Campurkan garam & gula & gaul rata.  Campurkan air suam & minyak masak dalam satu bekas.  Tuangkan sikit demi sedikit ke dalam bekas berisi tepong & ulilah perlahan2 sehingga mendapat doh yang lembut.
3.  Bahagikan doh kepada 8 bahagian yang sama saiz lebih kurang 95 gm setiap sebiji.  Bulat2kan doh menjadi bebola & rehatkan dalam 5 ~ 10 minit.
4.  Canai dan lipat macam buat murtabak 
5.  Sediakan non stick pan & panaskan sedikit minyak (anggaran 1 cawan) dengan menggunakan api yang perlahan.  Bila minyak panas.. masukkan 1 keping Roti Bawean & gorenglah sehingga garing & warna kulitnya bertukar warna kecoklatan.  Dengan berhati2.. terbalikkan roti & goreng pula disebelahnya sehingga garing.   
6.  Potong roti  hidangkan begitu saja atau lebih sedap dihidang bersama sambal tumis ikan bilis atau sambal pilihan anda.


Notes

No comments:

You Might Also Like These

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...